Hari ini saya sangat sibuk, lari sana, lari sini. Selain dari solat lima waktu, banyak urusan lain yang tertangguh. Nak baca akhbar dan buka internet pun tidak sempat. Malam hampir jam sembilan baru ada masa sedikit. Lepas solat Isya, borak sekejap dengan cikgu tomoi dlm sidang maya yg baru dibinanya. Kemudian ada tetamu pula datang ke rumah, konferen dengan cikgu tomoi berhenti seketika. Bila buka blog saya lepas itu, saya terbaca respons beberapa blogger BPN mengenai tulisan saya mengenai "Betapa demokratiknya BPN!" yg tersiar pagi tadi. Ramai yg mengecam saya dalam blog saya itu nampaknya. Tentu mereka fanatik ketuanan Melayu dan tidak senang dengan PR, pikir saya. Kemudian saya teringat blog BPN dan blog panglimaperangcyber. Wauuu...datuk panglima ada menulis dalam blognya mengenai saya!! Dia menulis mengenai,"Pengacau Sidang BPN Sudah Ditemui Oleh Che Moq". Mula-mula saya tersenyum simpul membaca tulisan mereka yg banyak terpesong faktanya, tapi kemudian rasa sedih pula dengan beberapa tuduhan yang sangat tidak berasas.
Saya Penyamar?
Che Moq dalam komennya di blog saya berkata saya diharamkan dari berforum dalam BPN kerana saya menjadi 'penyamar' yang mengganggu BPN. Katanya lagi ramai penyamar yang merepek tentang sex, mengutuk Melayu, mencarut dan menghina Islam dalam BPN. Saya tertanya-tanya dalam hati, "Akukah itu yang pernah merepek tentang sex, mengutuk Melayu, mencarut dan menghina Islam?" Jika ditanyakan isteri saya, anak saya dan ibu saya bahawa itukah sifat saya, tentu mereka boleh terkena serangan jantung, kerana mereka lebih mengenali saya dari Che Moq mahupun Panglima. Mungkin perkara durjana itu saya lakukan dalam mimpi mereka, itu saya tidak tahu dan saya tidak bertanggung jawab terhadap apa mimpi mereka tentang saya.
Saya pernah menyamar dalam blog BPN? Saya mengaku pernah menggunakan pelbagai nama ketika menulis bukan sahaja dalam BPN tetapi dalam blog-blog lain, mahupun dalam akhbar. Saya tidak pikir itu satu penyamaran tetapi ia adalah kepelbagaian nama yang memang lumrah dalam budaya Melayu. Saya sendiri nama yang diberi oleh bapa saya semasa lahir adalah lain, nama panggilan ibu di rumah juga lain, nama panggilan kawan-kawan rapat lain pula dan di tempat kerja rakan-rakan memanggil nama lain lagi, yang kononnya lebih komersil! Mengapa ia terjadi? Kerana di situlah keunikan budaya Melayu yang suka memberi gelaran berbeda dengan nama asal yang tertera di dalam surat beranak. Che Moq sendiri saya yakin menyamar tentang namanya. Namanya dalam kad pengenalan saya yakin bukan Che Moq kerana Che Moq cuma nama samarannya sahaja. Di kampung dulu, saya juga mempunyai rakan yang digelar Moq kerana fizikalnya yg kebetulan agak berisi dan gemuk. Jadi salahkah jika saya pernah menggunakan nama lain semasa berhujah dalam BPN? Sekali lagi saya tegaskan ia bukan penyamaran, sekadar menggunakan nama yg berbeda yang menjadi budaya Melayu.
Saya merepek tentang sex, menhina Islam dll...?
Namun apapun, menuduh merepek tentang sex, mengutuk Melayu, mencarut dan menghina Islam adalah satu tuduhan yang sangat berat. Apa lagi bila ia dikaitkan dengan menghina Islam, masyaallah, ia boleh menitiskan air mata saya yang lazimnya sangat degil untuk menitiskan air mata ini!! Tapi jika itulah yang sebenarnya mereka fikirkan tentang saya, tolonglah buktikan untuk saya melihatnya agar ia realiti dan bukan fantasi atau mimpi.
Saya Pengacau Di balik Nama Saiful, Malaysian, Telung?
Datuk Panglima berkata berdasarkan maklumat dari Che Moq, sayalah pengacau BPN yg bersembunyi di balik nama Saiful, Malaysian dan Telung. Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan saya ada kaitan dengan nama Saiful, Malaysian dan Telung. Saiful memang saya ingati kerana nama itu selalu muncul dalam konferen BPN, tapi insan bernama Saiful itu bukannya saya. Dan Telung serta Malaysian, siapa mereka? Saya tidak pernah menggunakan nama itu, tidak pernah!! Mengapa Che Moq yang hebat dalam dunia cyber itu tidak siasat betul-betul hal ini sebelum melaporkannya kepada Panglima yang mempercayainya bult-bulat?
Yang lebih mendukacitakan saya, saya dikaitkan dengan Malaysian yang dikatakan menulis pada waktu solat Jumaat itu! Jadi saya tidak pergi solat Jumaatlah pada 28 November? Masyaallah, Ya Allah mengapa ada makhluk di dunia ini yang sanggup membuat tuduhan sekejam itu? Sedangkan pada Jumaat lepas saya bersama anak bersolat Jumaat di Masjid al-Bukhary, Alor Star. Saya sentiasa ingat solat Jumaat itu, kerana ada hamba Allah yang 'meminjam' selipar usang saya sebagai cenderahati dan memaksa saya pulang berkaki ayam ke rumah! Saya bukan bersolat dalam mimpi, saya bersolat dalam kekhusyukan mengabdikan diri kepada Allah. Ia satu realiti, tetapi mengapa tergamak anda menuduh saya tidak bersolat pada Jumaat lepas. Sekali lagi, bila ia dikaitkan dengan agama saya, ia bisa menitiskan air mata jantan saya ini!!
Kepada Panglima yang gagah perkasa dan Che Moq yang bijaksana, semoga Allah mengampunkan kesilapan anda. Kita insan serba lemah yang tidak dapat lari dari membuat kesilapan, tetapi tolonglah jangan membuat tuduhan melulu, apa lagi jika ia berkait dengan solat dan agama suci kita. Anda boleh menuduh saya penyokong PKR, parti yang saya bukan ahlinya, tetapi tolonglah jangan menuduh saya menderhakai Allah. Semoga tiada makhluk kedua di dunia ini selain saya yang akan ditimpakan dengan tuduhan seberat itu oleh saudara berdua dan sekali lagi semoga kesilapan anda diampuniNya jua, amin....
Sunday, November 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Assalamualaikum..
sekarang saya sudah pasti saudara adalah saudara seagama dengan saya..
Keimanan kita bukan hanya pada kata2...
Corak Penulisan saudara sangat jauh menyimpang dari ajaran agama kita sendiri..sdr membuat ramalan tanpa usul periksa seolah2 tukang tilik yg pasti kesyirikkan mereka..
Diharap saudara tidak lg membuat penulisan yang boleh memesong akidah sebegitu..
Semoga Allah mengampuni sdr dan membuka pintu hati saudara utk ke jalan yg benar..
Allahuakhbar.......
saiful kembalilah awak kejalan yg benar dan lurus, jalan yg diredhai, tak mengapa sesat diawal jalan, kembalilah kepangkal jalan!!!
Assalamualaikum,
artikel yang lepas
putra evolusi tulis bersembunyi di balik beberapa nama
Kalau Putra evolusi orang yang benar,sila tuliskan nama-nama apa yang Putra evolusi gunakan masa chatting di chatroll BPN?
maaf komen di atas sepatutnya Putra revolusi
Kami tidak ada masalah memohon maaf jika benar salah kami dengan andaian bahawa saudara adalah pengacau di sebalik nama malaysian/saiful/telong.
kerana modus operandi yang hampir sama membuatkan kami menyangka bahawa saudara adalah orang yang sama di sebalik beberapa nama.
Bahkan saudara juga mengaku beberapa kali menyelinap masuk.
Jika andaian kami tidak benar maka saya memohon maaf atas kesilapan saya.
Jika andaian kami benar, maka kami tidak berniat memarahi saudara kerana kita tahu begitulah asam garam dunia siber yang akan menyamar.
Moga saudara tidak di kalangan mereka yang rela agama digadaikan demi untuk KUASA.
Kami YB ( Yang Berblog ) adalah mereka yang sedar kepentingan bersatu dan membentuk team yang kuat bagi melawan sesiapa yang bertolak ansur hak hak istimewa Melayu dan Agama serta Raja Raja.
Sesiapa sahaja termasuk di kalangan orang UMNO sekalipun...
Contoh Zaid Ibrahim yang telah menunjukkan minat dengan pakatan ingin merosakkan rakyat yang mahukan agar rakyate menjadi muslim liberal dan pandai menghina fatwa majlis agama...
Terima Kasih....
Post a Comment