Thursday, November 27, 2008

PERLANTIKAN SHAHRIZAT BAZIRKAN WANG NEGARA!!

Ramli Yamat
Thu | Nov 27, 08 | 3:54:04 pm MYT

MACHANG, 27 Nov (Hrkh) - Perlantikan Dato' Seri Sharizat Abdul Jalil sebagai Penasihat kepada Menteri Kebajikan Masyarakat oleh Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan gaji RM28,000.00 sebulan merupakan tindakan membazir wang rakyat.

Iklan

Anggota Parlimen Machang, Saifudin Nasution Ismail berkata, Sharizat tidak sepatutnya dilantik ke jawatan bertaraf menteri itu kerana beliau telah pun ditolak oleh rakyat selepas tewas kepada Puteri Refomasi, Nurul Izzah Dato' Seri Anuar di Kawasan Parlimen Lembah Pantai dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, selain bergaji bulanan, Sharizat juga berhak mendapat elaun tertentu yang dianggarkan tidak kurang RM2,000 sebulan atau sekurang-kurangnya RM30,000.00 sebulan.

Berucap di Majlis Penerangan Isu-isu Semasa Anjuran Pakatan Rakyat Parlimen Machang di Dewan Majlis Daerah itu baru-baru ini beliau berkata, jika dicampurkan gaji dengan elaun, kerajaan terpaksa membelanjakan wang rakyat sebanyak RM360,000.00 setahun bagi membayar gaji dan elaun kepada Sharizat.

Selain Sharizat, wang rakyat juga turut digunakan untuk membayar gaji Penasihat Agama kepada Perdana Menteri Dato' Dr Abdul Hamid Othman dengan gaji sebanyak RM25,000.00 sebulan.

Namun begitu, walaupun peranan Hamid lebih besar berbanding Sharizat namun gaji yang dibayar kepada Sharizat RM3,000.00 lebih tinggi berbanding Abdul Hamid yang tugasnya sebagai penasihat agama Perdana Menteri.

"Sepatutnya bekas menteri yang kalah dalam pilihan raya umum itu tidak lagi dilantik ke jawatan kerajaan kerana mereka semenangnya telah ditolak oleh rakyat," tegasnya.

Katanya, tindakan itu seolah-olah Perdana Menteri tidak merasa bersalah membelanjakan wang rakyat yang banyak untuk diberikan kepada Shahrizat. - mns_

(PETIKAN HARAKAHDAILY)

No comments: