Thursday, November 27, 2008

PAS PERINTAH SELANGOR?

Isu PAS perintah Selangor tak perlu dibangkit

KUALA LUMPUR: Cadangan supaya PAS mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Selangor tidak dilihat sebagai satu isu yang perlu dibangkitkan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat menghormati ciri-ciri perkongsian kuasa yang diamalkan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

"Kita mengamalkan ciri-ciri (kerajaan) campuran dan perlu berlaku adil memandangkan PAS telah pun mempunyai tiga orang Menteri Besar daripada lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang menyiarkan cadangan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd. Nor agar PAS menerajui Selangor bagi mengembalikan keseimbangan politik dan kedudukan tidak menentu bangsa Melayu.

Kenyataan Ezam itu ekoran beberapa kontroversi berlaku di negeri itu yang berpunca daripada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang lapan bulan lalu di bawah pimpinan PKR.

Bagaimanapun Kamaruddin berkata, PAS memahami ciri-ciri agihan kuasa yang telah dipersetujui bersama parti komponen lain.

"Sekarang ini PAS adalah yang ketiga besar dalam Parlimen tapi kita sudah ada tiga Menteri Besar...kalau sampai empat Menteri Besar...mana adil.

"Takkan pula kita nak sampai perintah (ketuai) sampai empat negeri," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

"Terima kasihlah kepada dia (Ezam)," katanya ringkas.

(Petikan mStar)

2 comments:

putra revolusi said...

?

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Memang patut pun bagi Pas memimpin Selangor daripada Khalid yang pro cina tu