Friday, November 28, 2008

TV3 SUKU MAKIN GILA!!!

Petikan Tranungkite

" Bila aku tengok berita TV3 suku malam ini, aku tersentak tentang pembalakan yang berlaku di Pahang. Mereka kutuk habis tentang proses pembalakan tersebut. Aku heran, apa kejadah pulak TV3 barua ni dok kutuk Pahang sebab Pahang UMNO yang perintah. Lainlah kalau depa kutuk Kedah ataupun Kelantan ataupun lain-lain negeri dibawah PR. Aku ingat depa nak jatuhkan Najib ataupun MB gangster Adnan Yaacob. Aku pun terkejut beruk TV 3 dok ulas benda tentang balak ini.

Aku pun teruskan menonton sebab aku nak tengok fitnah apa pulak yang depa nak bawak. Aku heran sebab negeri yang depa dok fitnah itu negeri Pahang, negeri yang paling kuat UMNOnya ( mungkin lepaih ni tak kuat sebab kelapa sawit dah jatuh dan puak-puak felda dah dok merah muka sebab soru sudah kurang )...

Kemudian TV3 suka kata lagi yang Pejabat Tanah tak boleh buat apa-apa tentang pembalakan tersebut kerana itu adalah harta persendirian. Lagi aku terkejut. Kalau dah harta persendirian, ikut suka dia lah nak buat apa pin. Contoh lori aku yang aku punya sendiri, kalau aku nak bakaq ke ataupun aku nak tanamkan buat tempat cacing beranak, orang lain peduli apa? TV3 suku contohnya, kalau bangunan tu depa punya, lantaklah hang nak buat apa pun, aku tak komen apa. lainlah kalau hangpa bakaq bangunan hangpa dan bangunan aku pun terlibat sama...

Tapi akhirnya suspen aku hilang sebab depa kata tanah tu kepunyaan UIAM. Baru terang lagi bersuluh kenapa si barua ni heboh sangat tentang pembalakan tersebut. Dulu Khir Toyo lapah Bukit Cerakah sampai cerah ( macam kepala Hamid Albar ) depa tak kata apa pun.. sedangkan Bukit cerakah bukan harta khir Toyo. depa dok hingaq bukan sebab nak selamatkan balak, tetapi sebab pembalakan itu di buat di tanah UIAM. Depa takut UIAM kaya kerana di situlah tempat manusia ada otak yang tak takut nak undi parti pembangkang. Disitulah satu-satunya tempat yang pro aspirasi tajaan UMNO kalah teruk. Dalam keadaan UIAM tak berapa kaya pun depa sanggup tentang puak UMNo, apa tah lagi bila depa kaya dengan penjualan balak-balak tersebut, Makin ranggilah UIAM nanti sebab orang kaya depa boleh ranggi. Depa tak bergantung sangat kepada puak UMNO. Depa tak kebulur duit UMNO sebab tu depa menangkan parti yang menentang Pro aspirasi tajaan UMNO basi...

Sudah terang lagi bersuluh..
sebab apa anak setan dok gaduh...
Sebab depa takut UIAM berpengaruh..
Takut Pro aspirasi jadi keruh..

Selamat mengundi parti apa jugak kecuali BN...."

Komen putra revolusi: Ketiga sukuan stesen TV swasta itu sudah lama terserlah. Minggu lepas diserangnya habis-habis Kerajaan Negeri Kedah, lepas satu isu, isu lain pula. Sebelum inipun diserangnya Kedah mengenai isu MB naik jet yg disediakan istana Kedah dan isu penebangan balak, yg kemudian ternyata merupakan sesuatu yg sengaja diada-adakan. Sebelum itu diserangnya Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan P. Pinang. Jika tanya saya percayakah dengan berita TV3, saya akan jawab hanya berita sukan saja yg boleh percaya sikit-sikit. Kenapa sikit-sikit? Kerana jika sukan itu melibatkan tokoh pembangkang, TV3 akan tetap seperti TV3 Suku!!!

No comments: