Saya terbaca petikan daripada blog KERAJAAN RAKYAT yang dihantar oleh seorang blogger mengenai kenyataan Yg Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang mencadangkan imuniti Raja-Raja Melayu dikembalikan. Saya juga membaca komen blogger lain terhadap tulisan itu yang kebanyakannya menghentam sistem beraja kita. Malah ada yang mencadangkan sistem beraja DIHAPUSKAN! Lihat petikan daripada KERAJAAN RAKYAT:
Assalamualaikum
Tuanku,
Patik ingin bertanya kerana Patik merasa ragu dan curiga di atas kenyataan Tuanku.
Tuanku mohon dikembalikan kekebalan ini untuk kesejahteraan rakyat atau demi kebahagiaan, kesenangan dan kemewahan hidup Tuanku?.
Patik ingin mengetahui. Rakyat susah apakah Tuanku tahu? Rakyat menderita, apakah Tuanku mendapat berita? Rakyat miskin tertindas, apakah Tuanku membantu dengan pantas? Rakyat miskin yang berniaga nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan amat sukar untuk mendapat bantuan daripada kerajaan, apakah Tuanku yang juga berniaga juga sukar untuk mendapat bantuan, projek dan pinjaman kerajaan?
- Rakyat berkerbau di sawah membanting tulang mencari rezeki.
Raja berkuda di padang bermain polo dengan senang hati. -
“RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGAH“
Ampun Tuanku..!!
Komen putra revolusi: Walaupun diakui kadang-kadang ada tindak tanduk kaum kerabat Raja tidak menyenangkan, tapi saya percaya sistem beraja perlu dipertahankan. Cuba anda bayangkan jika tanpa Raja apa akan jadi kepada Terengganu dan Perlis selepas PRU ke-12 lalu? Tentu Shahidan yang berlagak seperti Maharaja Perlis itu akan terus menerajui negeri di atas kayangan itu. Begitu juga Idris Jusoh akan terus jadi MB. Demi mempertahankan keseimbangan politik kita, sistem beraja masih diperlukan. Cuma mereka yang berdarah Raja ini hendaklah sentiasa mendampingi rakyat, elakkan berebut tender dengan kroni-kroni politik yang memualkan rakyat itu dan sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.
Andai Raja berhati mulia, rakyat dan Raja berpisah tiada!! DAULAT TUANKU!!
No comments:
Post a Comment