Friday, November 28, 2008

BN-MCA ULANGI KETUANAN MELAYU TIDAK LAGI RELEVAN



KUALA LUMPUR 28 Nov. - Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun turut menyifatkan konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan hari ini atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.

''Oleh itu kita sama-sama bangunkan negara,'' katanya selepas mempengerusikan dialog antara Exco Wanita MCA dengan 19 ahli bahagian Wanita, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Miri di sini hari ini.

Ditanya apakah pandangan Soi Lek itu selari dengan semangat UMNO yang menjadi ahli komponen dalam Barisan Nasional (BN), Mei Fun berkata:

''Kita tidak dapat memberi arahan supaya semua orang bersetuju dengan pandangan mereka.

''Biar mereka mempunyai pandangan yang tidak sama tetapi apa yang penting ada semangat kerjasama antara satu sama lain.

''Apa yang disuarakan oleh Soi Lek itu selaras dengan konsep kongsi kuasa dalam BN,'' katanya.

Mei Fun berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Soi Lek yang berpendapat konsep ketuanan Melayu tidak relevan hari ini dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.

Petikan KedahLanie

Komen putra revolusi: Bukan saja orang bukan-Melayu, tapi orang Melayu juga keliru dengan konsep ketuanan Melayu yang sekejap timbul (bila BN dilanda krisis) dan sekejap tenggelam (bila BN stabil) ini. Isteri saya selalu memperlekeh konsep lawak itu: sejak bila orang Melayu jadi tuan dan bukan Melayu jadi hamba di negara ini? Katanya ramai orang Melayu yang kerja dan makan gaji dengan bukan-Melayu. Pelik betul, mengapa si-hamba (bukan Melayu) yang memberi gaji kepada si-tuan (Melayu)? Mengapa si-hamba memiliki kereta Merc dan BMW, si-tuan pula masih sengkek hanya menaiki kapcai buruk yang masih ada hutang finance?

Hendak dikatakan Melayu ini tuan kerana Malaysia ini kita yang mula menerokainya pun tidak juga. Bukankah orang Melayu mengikut sejarah adalah penghijrah dari Yunnan, China? Yang membedakan cuma Melayu yang datang dulu ke Malaya, manakala orang Cina dan India datang ratusan tahun kemudian. Tuan yang benar-benar tuan kepada Malaysia ini ialah Orang Asli yang telah ribuan tahun menduduki negara ini. Anehnya Orang Asli yang sepatutnya digelar tuan ini tidak pula tergamak meminta gelaran tuan itu. Barangkali mereka yang rata-ratanya masih mundur dan kurang pendidikan berbanding orang Melayu itu rasa geli-geleman dengan panggilan tuan itu. Atau Orang Asli ini mempunyai tahap keintilektualan bawah sedar yang lebih tinggi berbanding tokoh-tokoh UMNO bergelar Dato, Dato Sri dan Tan Sri itu?

Bagi saya sebelum Melayu layak bergelar tuan, marilah kita martabatkan diri sendiri dulu. Letakkan Bahasa Melayu di tahap yang lebih baik, bukan berpatah balik dengan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Majukan ekonomi Melayu, kekayaan bukan hanya milik segelintir kroni UMNOputra, tetapi menyeluruhi semua Bumiputra. Basmi gejala sosial yang kebanyakannya menghantui orang Melayu. Jika Melayu sudah dihormati baru mereka tidak diperlekeh.

Namun dalam keadaan apapun, janganlah berlagak seperti tuan. Kita negara merdeka, tiada tuan tiada hamba. Kemakmuran, kekayaan, kesejahteraan adalah milik semua. Jika hendak bercakap, cakaplah serupa bikin.

5 comments:

pembunuhiblis said...

Aku sokong pendapat ketuanan Melayu x relevan. Patutnya ketuanan rakyat!!

taipingmali said...

Apa punya term yang anda bawa. tolong jelaskan sikit apa maksud KETUANAN RAKYAT?

Siapa tuan dan siapa rakyat?

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

melayu ni tuan rumah tapi orang lain yang kutip sewa... tuan rumah kena tipu dan kena buli... terus papa kedana. ataupun sebagai tuan kebun getah dimana kuli yang toreh kaya raya sebab tuan kebun tak tahu apa yang ku li dia buat. maknanya tuan tak smart lah.

melayu ni asal yunan betul tetapi bercampur dengan orang asli melayu proto dan melayu negrito. tengoklah biologi kita dan perangai kita yang susah nak faham macam orang asli kan?

orang melayu ni tak nak jadi tuan tapi sanggup jilat dap. tak mau deb sebab liberalisasi dan reformasi. tak mau bahsa melayu sebab global. tak ngaku melayu dan tak bantu atau sokong bangsanya sendiri sebab kononnya perpaduan. itulah melayu yang kayakan orang lain dan tak sokong kedai bangsanya.tak sokong bos melayu tapi sanggup mati kerana taukeh cina atau india.pas pulak nak buat islam dengan dap. ketuanan rakyat tu... belum tentu melayu jadi tuan... macam singapura lah tu.

itulah melayu yang pelik dan ajaib perangainya... tak pernah bersatu dan sokong melayu sendiri... gilakan psikologi kita... devian namanya dalam psikologi. jiwa hamba atau tiada keyakinan diri. melayu kaya dan pandai dah jadi mat salleh dan tak ngaku melayu dah.. cakap, makan dan hidup cara mat salleh.

pelik melayu ni.

LEKIR said...
This comment has been removed by the author.
LEKIR said...

Assalamualaikum Putra Revolusi,

KETUANAN MELAYU=KETUA SULTAN MELAYU=KETUA ISLAM