KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Isu mengembalikan imuniti Raja-Raja hanya akan dibincangkan dan dikaji secara serius oleh Kabinet sekiranya terdapat permintaan daripada Majlis Raja-Raja, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.
Oleh itu, kata beliau, kenyataan Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar tentang isu itu semalam, tidak memerlukan Kabinet membincangkan dan meneliti perkara itu.
"Pada pendapat saya, perkara ini ditimbulkan oleh baginda semata-mata kerana Yang Dipertuan Besar didapati berhutang dalam keputusan yang dibuat oleh panel khas hakim baru-baru ini, jadi baginda ada kepentingan dalam perkara ini.
"Saya tidak fikir ia ada kaitan dengan imuniti daripada segi bagi membolehkan mereka menjadi tonggak keadilan...saya tidak fikir saya akan memandang serius titah baginda itu," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen di sini.
Laporan media menyebut bahawa semasa bertitah pada satu majlis jamuan tengah hari semalam, Tunku Naquiyuddin meminta agar imuniti Raja-Raja diwujudkan semula bagi membantu mereka bertindak sebagai "pelindung Perlembagaan" dengan berkesan.
Tunku Naquiyuddin bertitah bahawa imuniti amat penting bagi Raja-Raja apabila mereka ingin menangani kebuntuan berkaitan politik, contohnya apabila keputusan pilihan raya mendapati tiada parti yang menang dengan majoriti yang meyakinkan.
Dalam kes begini, titah baginda, Raja perlu menggunakan budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan dan keputusan ini tidak boleh dipertikai di mahkamah.
Bagaimanapun, titah baginda, imuniti daripada segi tindakan undang-undang tidak patut terpakai bagi kes jenayah yang dilakukan oleh Raja.
Komen Putra Revolusi: Nasib baiklah yg berkata sedemikian itu Pak Menteri, jika orang lain tentu akan dituduh menghina Raja-Raja!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment