Ada satu blog baru yang diwujudkan oleh beberapa blogger pro-UMNO bergelar Bloggers Pembela Negara (BPN) sejak 5 hari lepas. Saya pernah beberapa kali menyelinap masuk ke blog ini untuk berkonfren dengan bersembunyi di balik beberapa nama. Seronok juga melihat bloggers BPN ini yang terperasan diri sendiri menjadi YB dalam bangunan parlimen maya bernama Bloggers Pembela Negara. Ya lah memang seronok berlagak menjadi YB tanpa kawasan dan hanya berinteraksi di depan PC/laptop sendiri.
Beberapa kali mengambil bahagian dalm blog ini menampakkan gelagat kebanyakan bloggers pro-BN ini yang kelihatan lebih UMNO dari UMNO. Kita yang bukan penyokong UMNO dan bukan ahli mana-mana parti politik menjadi begitu mengantuk bila mengikuti kebanyakan hujah blogger pro-UMNO ini yang pi mai pi mai tang tu juga. Dan kita yang bukan penyokong UMNO ini akan sering dihentam dalam konferen maya yang mereka kuasai itu dan akhirnya......
Dan akhirnya.... baru sebentar tadi saya menerima notis ini, "You have been banned from Bloggers Pembela Negara by a community moderator". Saya diharamkan menyertai BPN? Tergelak besar saya menerima notis itu. Dalam hati berkata, "Oh, betapa demokratiknya kamu, baru 5 hari menjadi YB olok-olok sudah bongkak menunjukkan kuasa!!"
Ya, baru 5 hari menjadi YB dalam mimpi alam maya BPN sudah menunjukkan bakat orang UMNO yang suka mencantas kawan sesuka hati. Jika betul-betul mereka dapat menjadi YB di mana-mana DUN atau Parlimen, mungkin ISA akan semakin diperkasa dengan pelbagai seksyen untuk menghina manusia dan kemanusiaan dan menutup mulut rakyat serapat mungkin, hingga mungkin nanti hendak makan dan menguap pun susah!! Kebebasan akhbar pula tentu diperketat hingga yang dibenarkan di pasaran mungkin Utusan Meloya, Berita Hairan dan New Shit Times sahaja, di samping stesen TV pembodek RTM dan TV3 Suku. Dan akta-akta lain seperti Akta Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dll akan diperkemas untuk mempertahankan segelintir pemimpin korup UMNO itu.
Bersyukurlah kita kerana BPN ini hanya menjadi YB di dalam sebuah mimpi maya sahaja. Berdoalah ke hadrat Allah agar negara akan sentiasa selamat dari musang berbulu ayam yang sentiasa berkeliaran di seluruh pelusuk alam sama ada alam realiti mahupun alam maya !

9 comments:
Salam,
Buat pengetahuan saudara, kami telah pun 10 hari berbincang namun hanya baru bersidang di chatroll 5 hari. Saya Che Moq, orang yg bertanggungjawab 'banned' anda dari chatroll BPN kerana ada banyak penyamaran dalam penggunaan status "guest" dimana mengganggu sidang bualan kami. Salah satu penyaman yang saya dapat kesan adalah anda sendiri. Penyamaran yang berlaku ada yang merepek tentang sex, mengutuk melayu, mencarut dan menghina islam. anda juga berkemungkinan termasuk. Tindakan yg saya ambil adalah banned sesiapa yg menggunakan status guest kerana mengganggu sidang. dinasihatkan anda register id dahulu sebelum membabibuta membuat kesimpulan kerana setakat ini hanya anda seorang yang melatah dengan banned dari saya.BPN untuk orang islam dan melayu yang sayangkan bangsa dan agama, bukan yang main2 dan tak serius seperti anda. BPN bukan suara besar tetapi kami mendapat sokongan pelbagai pihak. BPN bukan dari BN dan bukan PR. kami berbincang mengenai kepentingan islam dan melayu.terima kasih.
Syabas Che Moq !!
Saya setuju dan mengharapkan jika anda islam dan sedar dan percaya kewujudan Tuhan agar membela nasih agama anda atau memberi sokongan kepada yang berjuang membelanya..
terima kasih provakasi anda dan saya harap kita tidak membenci satu sama lain sebagai anak bani Adam.
ISLAM AGAMA KASIH SAYANG.
Tq
Insaflah manusia seperti andalah yang akan menjahanamkan negara dimasa hadapan.
Syabas buat BPN
YB Raz Ghotic..nama pun dah terpesong...
Hai saudara hamizaudin. Tak ada blog ke nak berdebat
syabas kepada semua!!!
macam ni ke yg saiful mahukan???
padahal islam+persaudaraan adalah sesuatu yang dituntut islam!!
menjadikan tokoh bukan islam yg tidak diketahui akhlaknya, bukan satu pencemaran ke atas diri sendiri???!!
jangan malukan islam+Melayu yang menjadi asas diri kami!!!
sape punya blog ???
knp tak, berdepan secara personal????
harap saudara dapat memperkenalkan diri
Assalamualaikum..klau saudara nie Islam la..klu tak.. salam sejahtera..
1. Kedangkalan saudara dalam menilai sesuatu amat membimbangkan..dinasihat saudara berjumpa dengan Dr.pakar jiwa..
2. Begitu mudah saudara menabur fitnah dan menempah dosa tanpa dipinta oleh ahli2 BPN, tindakkan anda itu begitu sinonim dengan gabungan PR anda..
3. Jika saudara bukan pondan masuk lah ke BPN dan perkenalkan diri sdr.kita boleh berbahas secara ilmiah..tidak perlu penat2 sdr bt fitnah di blog sdr ini..berat dosa fitnah ni..
4. mungkin ini adalah cara utk saudara lebih dikenali walaupun dgn memburukkan org lain..strategi yg sama dengan anwar..syabas sdr berjaya.
4. Terima kasih atas penyebaran berita oleh sdr sedikit sebanyak membantu BPN lebih dikenali ramai..
semoga sdr kenal siapa BPN sebenarnya.. Lihatlah dengan mata hati dan jiwa anda..
yang benar
http://semut-mata.blogspot.com
bukan pengecut seperti sdr..
Ciss saifol, kenapa kau mendehaka kepada bangsa kau sendiri, kepada agama kau. Insaflah!!
Post a Comment