Monday, December 1, 2008

ARIF SHAH DIAMBANG PINTU PKR

Jika berita ini menjadi kenyataan, tidak lama lagi PR akan tambah satu lagi kerusi DUN...


KUALA LUMPUR,1 Dis (Hrkh)- Umno bakal menerima tamparan hebat apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Dato' Arif Shah Omar Shah yang pernah mencabar Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh lalu sedang mempertimbangkan untuk menyertai parti KeADILan.

Iklan

Menurut laporan, Arif Shah berada dalam keadaan dilema sama ada ingin terus kekal bersama Umno atau menyertai pembangkang setelah mengaku mendapat tawaran untuk melompat parti.

Menurut beliau yang tewas kepada Penasihat KeADILan 26 Ogos lalu, turut dijanjikan ganjaran jika bersetuju untuk menyertai pembangkang.

Arif Shah sebelum ini dilaporkan terkilan dengan tingkah laku Ketua Umno bahagian itu yang mengetepikannya dalam setiap urusan pentadbiran parti itu di peringkat bahagian.

Katanya, beliau kecewa kerana sebagai ADUN Seberang Jaya, beliau tidak dilantik sebagai ahli tambahan dalam Jawatankuasa Bahagian, selain tidak diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai.

Diminta mengulas lanjut sebab-sebab yang mendorongnya melompat kepada parti pembangkang itu, Arif Shah berkata penyalahgunaan kuasa yang didakwa dilakukan oleh pemimpin Umno yang menghalangnya menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.- mks. _

4 comments:

semut said...

Salam sdr.. kalau sekadar mengambil berita di Harakah xperlulah sdr muatkan di blog sdr kerana ini menunjukkan kelemahan sdr sendiri, harakah adalah lidah rasmi Pas, tp sdr lihatlah sendiri inya telah menjadi lidah bercabang utk PKR..jadi berita yg sdr muatkan langsung tidak mempunyai kesahihan dimana ia mungkin satu fitnah..
jadi mengapa saudara perlu bersubahat dgn sesuatu yg tak pasti.. Fikir2kanlah..
kata orang yang bijak selalu bertanya...
Jadi adakah sdr bertanya kesahihanya sebelum menyebarkn berita ini di blog saudara?????
Tepuk dada jgn tanya selera tapi tanyalah Iman...

azreen said...

kesian budak ni..org jadi blogger dia pn nk jugak..kn dah kena..

putra revolusi said...

Sdr semut yg budiman,

Jika sdr kurang yakin dengan berita dari Harakah, di bawah ini saya perturunkan berita dari sumber akhbar lain - Star Online. Star itu bukan kepunyaan PAS, kan? Ia kepunyaan salah satu parti kerabat BN. Bacalah dulu sebelum anda memutuskan utk percaya atau tidak dgn berita dari sumber BN itu:

'JANGAN NAFIKAN USAHA IKHLAS SAYA UNTUK MEMBERI KHIDMAT KEPADA MASYARAKAT'


PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah masih mempertimbangkan tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketika dihubungi Star Online sebentar tadi, Arif Shah berkata, beliau memerlukan masa untuk meneliti tawaran tersebut dari pelbagai sudut.

Antara lain, kata Arif Shah, beliau ingin melihat sama ada Umno masih memerlukan khidmatnya.

"Jika betul, mereka perlu bekerja secara sama... jangan menindakkan usaha ikhlas saya untuk memberi khidmat kepada masyarakat," kata beliau menjelaskan soalan mengapa tidak menolak tawaran tersebut.

Awalnya beliau memberitahu masih meneliti perkara tersebut.

"(Tawaran) tak tolak (terus)," katanya.

Kata Arif Shah, tawaran itu diterima menerusi seorang individu yang dekat dengan PKR baru-baru ini.

Sambil menegaskan status quo masih kekal, Arif Shah berkata, keadaan belum mendesakknya untuk mengambil keputusan segera untuk keluar Barisan Nasional (BN) dan menyertai PKR.

Ketika ditanya sama ada akan membuat keputusan dalam waktu terdekat: "Ya, mungkin."

Arif Shah pernah bertanding dalam pilihan raya kerusi Parlimen Permatang Pauh menentang Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ogos lalu.

Kerusi itu dimenangi Anwar.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak menafikan khabar angin yang mengatakan Arif Shah akan menyertai PKR.

Bagaimanapun beliau tidak mengesahkan sejauh mana kebenaran khabar angin yang mula tersebar itu yang kononnya penyertaan Arif Shah ke PKR kerana kecewa dengan penyokong BN di Pulau Pinang.

Arif Shah, satu-satunya ADUN yang berjaya mengekalkan kerusi negeri untuk penggal kedua di bahagian Permatang Pauh berkata, beliau sedang serius mempertimbangkan kedudukan politikynya itu berikutan apa yang disifatkannya sebagai penyalahgunaan kuasa yang teruk dalam kepimpinan Umno bahagian itu yang diketuai Datuk Abdul Jalil Abdul Majid.

(Sumber Star Online)

perunding said...

caya lah putra.bravo.nanti aku nak ikut jejak langkah kau.inshallah