Wednesday, December 10, 2008

KENAPA PERLU ADA DOUBLE STANDARD ANTARA MANGSA TANAH RUNTUH BKT ANTARABANGSA DAN MANGSA BENCANA ALAM LAIN?

oleh Sukj

"Jika sebelum ini penduduk-penduduk Bukit Antarabangsa hidup mereka pada pukul 12, kini hidup mereka pada pukul 6."

[Topik Asal]

Tidak dinafikan penduduk-penduduk yang terlibat dengan ancaman tanah runtuh di Bukit Antarabangsa diperhatikan telah diberi layanan 'double standard' oleh pihak kerajaan.

Sedangkan banyak kejadian lain seperti bencana banjir yang dirasai oleh rakyat yang lebih susah hidup mereka di negeri tertentu, tidak mendapat layanan VIP seperti mana yang diterima oleh penduduk Bkt Antarabangsa.

Kita ikuti pendapat oleh seorang pengkritik yang saya terbaca dalam sebuah blog yang berkenaan:

" Menteri Perdagangan Dan Industri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan bilik hotel percuma kepada penduduk di Bukit Antarabangsa yang bercadang hendak berpindah daripada kediaman mereka dan tidak mempunyai kawan dan sanak saudara untuk tinggal."

Sejak bilakah layanan kelas pertama ini diberikan kepada golongan orang-orang kaya ini. Bukankah seluruh Malaysia sekarang sedang mengalami musim banjir dan ramai lagi yang kehilangan harta benda dan tiada tempat untuk tinggal.

Kenapa tiada layanan dan janji yang sama untuk memperuntukkan biliik-bilik hotel kepada mereka. Kenapakah ada layanan 'double standard'? untuk golongan-golongan yang kaya sahaja? Bukankah golongan-golongan banjir ini juga rakyat Malaysia, pembayar cukai dan turut menyumbang untuk pembangunan negara?

Malah di dalam laporan berita semalam, dipaparkan nasi-nasi bungkus yang masih elok dibuang di kawasan penempatan. Soalan saya, adakah orang-orang kaya ini tidak betah makan nasi bungkus walaupun di masa darurat?

Oh ya, saya lupa. Inilah peraturan dunia. Jika perkara ini berlaku kepada rakyat biasa, tiada siapa yang ambil perduli. Sekiranya ini berlaku kepada orang-orang kaya, Sultan turun padang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri turut turun padang. Inikah yang kita katakan prihatin???"

(Petikan KedahLanie)

No comments: