Selain dari reka bentuknya yang menarik ada sesuatu lagi yang lebih mempesona hati saya mengenai pondok-pondok bas ini - tiada manusia di dalamnya! Pernah juga saya ternampak ada seperti ada kelibat makhluk di dalamnya, bila diteropong dengan kacamata tua saya, aduuuh...rupanya beberapa ekor kambing sedang berehat penuh bahagia di atas bangkunya! Mungkin ia berlaku secara kebetulan kepada saya, tetapi apabila 4-5 kali melalui jalan yang sama dan masih tidak nampak manusia di dalam pondok-pondok bas itu, saya yakin apa yang saya lihat bukan lagi kebetulan.
Saya ada bertanya orang Perlis, mengapa pondok bas di Perlis tiada manusia di dalamnya? Kata mereka orang Perlis ni indipendence, kebanyakan mereka ada kenderaan sendiri sekurang-kurangnya kapcai, jadi mereka tidak perlukan pengangkutan awam. Lagi pun di Perlis bas berhenti-henti tidak efisen, jika tunggu bas belum tentu satu jam akan ada sebuah bas yang lalu. Malah kata mereka di Perlis ini bas sekolah pun tidak ada kerana ibu bapa menggunakan kenderaan sendiri untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Sejauh mana kenyataan mereka itu benar, orang Perlis sendiri sahajalah yang dapat mengesahkannya.
Tetapi mengapa pondok bas dibina jika sudah tahu tiada yang menggunakannya? Ada yang berkata kononnya ia dibina oleh kerajaan negeri yang lalu bukan untuk digunakan oleh rakyat tetapi sekadar untuk memberi kerja kepada kontraktor yang kebanyakannya ialah kroni penguasa politik tertentu (yang kini tiada lagi berkuasa). Dalam hati saya berkata, oh, macam tu pun ada ka di Malaysia ni?

2 comments:
kat negeri lain, ada kambing ka?
kos pondok bas tersebut adalah RM20,000 bedasarkan jawapan didalam sidang DUN...
http://arkib.harakahdaily.net/arkibharakah/index.php/arkib/berita/lama/2006/11/5313/selepas-bina-pondok-bas-kerajaan-perlis-robohkannya-pula.html
Post a Comment