Monday, December 15, 2008

SUDAH LUPAKAH KITA DENGAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MAMALI 23 TAHUN YANG LALU?




'Takutilah doa mereka yang Kena - Dzalim, sesungguhnya diantara doa-doa mereka dengan 'Allah tiada sebarang hijab-sekatan.' - (Hadith Riwayat : Bukhari dan Muslim).


SAJAK TERAKHIR USTAZ IBRAHIM LIBYA BERTAJUK PESANAN TERAKHIR

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan...................

Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun!!!!! disana fajar sedang memancar.......................

Lupakah Kita?
Sudah luputkah daya ingatan kita kepada bait-bait sajak di atas? Sudah tidak ada nilai sejarah dan nilai perjuangan sehubungan tarikh diatas? Lupakah kita??????? Sesungguhnya peristiwa "Syuhada' Memali" ini sentiasa saya ingat dan kenangkan sekalipun ianya berlalu menjangkau 23 tahun lamanya.

Kelmarin (16 Zulhijjah 1429-Ahad/14 Disember 2008) sekali pun agat lewat tetapi tidak saya lupakan peristiwa tersebut yang belum selesai ditangani KDN sampai saat ini dinukilkan. Tarikh 19 November 1985 adalah tarikh pembunuhan resmi kerajaan BN/UMNO keatas Ulama' PAS, ahli dan penyokong PAS bersekali dengan 14 anak muridnya di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman menjadi syahid. UMNO/BN menerusi kroni upahannya yakni Anggota Keselamatan telah menyerang dan melakukan pembunuhan dengan menembak mati dan Syahidnya saorang Ulamak muda iaitu Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya. Peristewa ini dinobat dan dikenali oleh dunia khususnya dikalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sebagai "Syuhada' Memali". Manakala bait-bait sajak "PESANAN AKHIR" adalah hasil karya besar dihari-hari akhir Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood menulis tinta untuk tatapan kepada kita semua. Dikenang diulit ingat jenerasi demi jenerasi.

Selain Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya yang syahid mengiringi menjadi syuhada' dimakamkan dalam satu liang lehad di Parit Panjang, adalah seramai 13 syuhada' yang lain, iaitu;-

1 - Ash Syahid Abdullah Bin Yasin
2 - Ash syahid Cikgu Shafie Bin Ali
3 - Ash Syahid Zakaria Bin Ahmad
4 - Ash Syahid Hambali Bin Senang
5 - Ash Syahid Abdul Manaf Bin Wadin
6 - Ash Syahid Idris Bin abdul Kadir
7 - Ash Syahid Mohd Daud Bin Abdul Kadir
8 - Ash Shahid Ahmad Bin Ismail
9 - Ash Syahid Haji Abdullah Bin Saman
10 - Ash Syahid Mohd Araf Bin Hashim
11 - Ash Syahid Ghazali Bin Haji Saman
12 - Ash Shahid Zamri @ Sobri Bin Mohd Isa dan
13 - Ash Shahid Ustaz Ahmad Bin Hassan

Semua syuhada'-syuhada' ini dimakamkan didalam satu liang lehat di Parit Panjang disemadi selayaknya sebagai syuhada'. Manakala jenazah yang paling awal dikeluarkan dari kamar mayat Hospital Sungai Petani adalah jenazah Almarhom Ash Syahid Ustaz Ahmad Bin Hasaan dibawa pulang dengan keadaan yang tergesa-gesa oleh waris dan kelurganya dimakamkan di kampong kelahirannya Tanjung Bedil, Alor Setar. Al-fatihah utk mereka:

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
(٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ
(٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦)
صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Kenapa jenazah-jenazah mereka tidak ditempat dan dikuburkan di kariah mereka dikampung Memali? Kampung Memali ketika itu adalah diperentah berajakan Polis dan tentera dengan tandu dalangnya adalah UMNO/BN yang mendesak setiap kali mereka mengadakan Persidangan UMNO perengkat pusat di KL agar tindakan diambil keatas Ustaz Ibrahim Libya, kerana usaha-usahanya ketika itu mengancam dan membahayakan kepada UMNO. Memali berada didalam dharurat, perentah berkurung (curfew) 24 dijalankan dipersekitaran kampong Memali dan kampong persekitaran dengannya. Maka keputusan resmi dari PAS mereka syuhad' ini, ditempatkan jenazahnya di Kubur Panjang.

Beberapa bulan selepas syuhada' dimakamkan di makam Kubur Panjang, kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah telah sudi mencemarkan Duli Tuanku menziarahi dan menabur bunga rampai dan merenjis air mawar dipusara syuhada-syuhada' tersebut diiringi oleh Almarhom PSJ PAS Ustaz Fadzil Nor, Almarhom TG Pak Ya Joned, Almarhom TG Ustaz Azahari dan ribuan ahli-ahli PAS dan penyokong yang lain mengiringi Tuanku. Justeru Tuanku Al Sultan secara resminya menafikan tuduhan yang dihala tuduhkankan oleh Kerajaan BN-UMNO keatas hamba rakyat Tuanku. Alhamdulillah. Masakan pendurhaka kepada agama dan negeri akan dilawati dan Tuanku Sultan mencemar Duli menziarah?

Statistik, Pembunuhan Memali.
Meninggal dikalangan Polis - 4 orang
Syuhada' Orang Awam - 14 orang
Mengalami kecederaan - Orang Awam - 20 orang
Mengalami kecederaan - Polis - 9 orang

Serentak dengan pembunuhan orang-orang awam yang ditangkap ketika itu adalah :-
Orang awam lelai - 118 orang
Orang awam perempuan - 29 orang
Kanak-kanak (11 tahun keatas) - 12

JUMLAH yang ditangkap adalah 159 orang mangsa. Banyak rampasan dan khazanah milik Ustaz Ibrahim termasuk wangnya sampai kini tidak dikembalikan. Hatta perbicaraan keatas mangsa-mangsa Memali yang masih hidup ditangkap dahulu, perbicaraan mereka tidak selesai sekalipun ianya telah mencapai masa lebih 23 tahun.


Sebaik peristiwa pembunuhan tersebut meletus, maka semua saluran media, khususnya RTM, TV dan akhbar perdana yang dikuasai UMNO/BN menabur cambahkan bibit fitnah, hasutan dan tuduhan agar rakyat jelata khusus dan khasnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman agar bersama-sama bersekongkol menerima, akur dan menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di kampong Memali tersebut. Mereka mendakwa pembunuhan ini puncanya adalah dari sentimen kepartian yang bermotifkan politik sempit. Mereka yang bersorak gembira dengan pembunuhan beramai-ramai itu adalah dikalangan ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya. Manakala ahli PAS serta penyokong-penyokongnya pula bersedih dengan peristiwa itu.

Tokoh-tokoh negara UMNO-BN dan Kerajaan yang terlibat dalam tragedi itu ialah Datuk Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri manakala timbalannya adalah Radzi Sheik Ahmad (bekas Setiausaha Agung UMNO). Dalam masa yang sama Musa Hitam mempunyai hubungan yang erat dengan manusia yang berpengalaman dalam membunuh Ulama' dan anak-anak muridnya di Tanjung Periok Indonesia iaitu Panglima Angkatan Tentera Indonesia ketika itu iaitu Jenderal Beni Murdani.

Manakala pelaku-pelaku lain dalam pembunuhan itu adalah menteri penerangan ketika itu Rais Yatim. Perdana Menteri adalah Dr Mahathir Mohamed yang bersikap acuh tak acuh dan menyindir apabila wartawan menanya beliau sebaik kembali dari luar negara, "Apa Syahid???? Mana ada Syahid!!!!!!!!!!", kata Dr Mahathir.

(petikan bebas dari KedahLanie)

No comments: