Tuesday, December 16, 2008

KETUA POLIS SELANGOR PEMBOHONG!!!

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang menganjurkan kempen "Rakyat Pengayuh Perpaduan" ke seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu-isu yang menjejaskan mereka, membidas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, kerana menuduh badan itu menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jerit mendakwa Khalid berbohong dan telah mengelirukan rakyat mengenai situasi sebenarnya.

Semalam, ekoran penahanan kira-kira 50 penunggang basikal di Rawang, Khalid memberitahu pihak media bahawa 28 daripada mereka didapati berusia di bawah 18 tahun.

Khalid dilaporkan berkata, polis bertindak menahan kumpulan berbasikal itu bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada dianiaya dan disalahgunakan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu media malam tadi, bahawa ketika memberi keterangan, "kanak-kanak tersebut memberitahu mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut."

Beberapa penunggang basikal dan penyelaras Jerit telah ditahan dan disoalsiasat di bawah Akta Polis kerana mengadakan perarakan awam tanpa permit dan di bawah Akta Kanak-kerana kerana didakwa menyalahgunakan kanak-kanak.

Sebaliknya, kata Jerit, kesemua penunggang basikal di bawah umur itu telah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka untuk menyertai kempen tersebut.

(Petikan: Malaysiakini)

Komen putra revolusi : YB, janganlah marah sangat kat Datuk Khalid. Simpatilah dirinya itu. Datuk Khalid tu bukan pembohong, cuma dia bohong sunat...bohong untuk kepentingan perkhidmatan...

1 comment:

pembunuhiblis said...

Bukan nak hina polis, tapi gitulah kbanyakan kakitangan kerajaan, terpaksa brbohong demi menjaga boss di atas. Tau brbohong itu brdosa, tpi trpksa buat gak. Apa nk kata, untung-untung esok lusa tulat dpt Tan Sri...