Monday, December 1, 2008

DUHAI DATUK PANGLIMA, SAYA MAAFKAN ANDA!!!,

Saya terbaca permohonan maaf blogger panglimaperangcyber di blog saya. Walaupun seperti kurang ikhlas, kerana masih berbaur prasangka bahawa saya mungkin adalah klon kepada pengacau bernama Saiful , namun sebagai insan kerdil saya dengan rendah hati menerima permohonan maaf beliau. Kita insan yang lemah seringkali membuat kesilapan. Wira sebenar dalam hidup yang singkat ini bukanlah seorang panglima yang gagah berani di medan perang, tetapi seorang yang berani memohon maaf. Berapa ramai antara kita yang berani memohon maaf selepas menyedari kesilapannya? Ramai yang hanya buat-buat tidak tahu sahaja selepas menyedari kesilapan diri, kerana kita sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri. Justru kepada panglimaperangcyber, saya tabik dan sanjungi keberanian anda itu!!

Dalam hal ini saya sekali lagi menafikan saya adalah Saiful dan jika Saiful yang asli membaca tulisan ini, saya juga berharap dia akan menceritakan yg sebenar. Saya juga berharap jika Saiful tiba-tiba muncul di blog BPN, blogger lain cuba tanyakan dia sama ada putra revolusi itu ada kaitan dengannya. Saya berharap sangat perkara ini bagi membersihkan nama saya.

Kepada peminat setia BPN, saya juga dengan rendah hati mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf sekiranya tulisan saya tempohari mengenai BPN mengguris hati anda. Jika tulisan saya itu mengguris hati anda, saya sebenarnya tidak berniat hingga ke tahap untuk mengguris hati insan lain. Mungkin ia berlaku kerana salah sangka saya terhadap BPN yang pada mulanya saya berharap sebagai wadah terbaik untuk bertukar fikiran di antara penyokong BN, penyokong PR, mahupun orang tanpa parti seperti saya. Saya tidak tahu BPN rupanya tidak begitu mengalu-alukan kalangan yang berbeda pandangan dengan majoriti ahli BPN. Maafkan saya kerana itu.

Walaupun diharamkan dari menyertai konferen BPN, namun insyaallah saya akan tetap membuka blog BPN, sekadar utk membaca, bukan untuk menyertai konfren. Tidak rugi mengikuti pandangan yg berbeda kerana ia pasti akan menyuburkan lagi tahap demokrasi di negara tercinta ini.

9 comments:

LEKIR said...

Assalamualaikum Putra Revolusi,

Soalan Lekir masih belum dijawab

LEKIR said...

Putra Revolusi ni meminta maaf sambil mengena

Insyaallah Panglima Perang akan berikan komen nanti

putra revolusi said...

Lekir

Saya tidak faham mengapa anda mentakrifkan tulisan saya sbg untuk mengena. Saya ikhlas memohon maaf & begitu juga saya kira panglimaperangcyber.

azreen said...

wahai PU,
Umm..buta ilmu boleh belajar..buta budi bahasa..memang patut di ajar..

LEKIR said...

Assalamualaikum,

Sila baca penjelasan Panglima Perang dalam komennya di kedahlanie.blogspot.com

Putra Revolusi masih belum menjawab nama-nama samaran apa yang anda gunakan semasa chatting di chatroll Bloggers Pembela Negara

Kalau anda lupa nama-nama samaran anda,anda boleh melihat di dalam archive di chatroll tersebut

putra revolusi said...

Assalamualaikum Sdr Lekir budiman,

Saya sebenarnya tidak suka memanjangkan polimik ini lagi. Tapi tentu sdr tidak akan berpuashati selagi saya tidak menjelaskan nama yg dipakai dalam chatroll. Selagi saya tidak jelaskan, selagi itu saya yakin sdr tak akan berpuashati. Justru, saya akan jelaskan segalanya di sini.

Sebenarnya saya hanya pernah menggunakan satu nama sahaja semasa chatroll. Satu nama lagi,nama yg berbeda tentunya, ialah semasa berkonferen.

Tentu saya tidak lupakan nama semasa chatroll itu, kerana saya hanya hadir sebanyak 2 kali dengan satu nama yg sama, jika tidak silap pada hari Jumaat atau Sabtu iaitu sekali pada sebelah petang dan sekali sebelah malam pada hari yg sama (Jumaat atau Sabtu). Pada kehadiran pertama kalau tidak silap saya hanya memberi salam dan bertanya apa tajuk yg dibincagkan. Pada kehadiran kedua pula saya bertanya pendpat mengenai ucapan Ketua Wanita MCA yg menyokong pndpt Soi Lek mengenai ketuanan Melayu. Itu saja kemunculan saya. Lepas itu, saya terus keluar dari chating. Saya tidak bercakap lebih dari itu. Jika nama yg saya pakai itu muncul kali ketiga, keempat hingga ke seratus, pastinya itu bukan saya.

Saya telah memberi bayangan yg agak jelas tentang nama yg saya pakai. Sdr boleh semak nama yg digunakan jika ia ada dlm rekod archive. Yg pasti nama saya itu tiada kaitan langsung dgn 'saiful' yg pernah disangka oleh beberapa pihak sebelum ini.

T,kasih.

perunding said...

tak kan lah org kat BPN tu tak kenal atau tak leh cari sapa saiful.
tanya geng depa zizah pun boleh.

LEKIR said...

Assalamualaikum Putra Revolusi,

Lekir telahpun meneliti archive chatroll BPN dan masih tak jumpa dan tak tahu nama samaran yang anda gunakan.Hanya anda yang tahu

Walaubagaimanapun Lekir tidak mahu panjangkan isu ini lagi

Dan memohon maaf di atas segala salah dan silap,samada salah sangka atau mengguris perasaan.Harap dimaafkan

putra revolusi said...

Lekir,

Kita tidak tahu bila akan berakhir hayat ini.Eloklah kita bermaafan sesama insan.