Sunday, November 30, 2008
SEMOGA ALLAH AMPUNKAN KESILAPAN MEREKA!!!
Saya Penyamar?
Che Moq dalam komennya di blog saya berkata saya diharamkan dari berforum dalam BPN kerana saya menjadi 'penyamar' yang mengganggu BPN. Katanya lagi ramai penyamar yang merepek tentang sex, mengutuk Melayu, mencarut dan menghina Islam dalam BPN. Saya tertanya-tanya dalam hati, "Akukah itu yang pernah merepek tentang sex, mengutuk Melayu, mencarut dan menghina Islam?" Jika ditanyakan isteri saya, anak saya dan ibu saya bahawa itukah sifat saya, tentu mereka boleh terkena serangan jantung, kerana mereka lebih mengenali saya dari Che Moq mahupun Panglima. Mungkin perkara durjana itu saya lakukan dalam mimpi mereka, itu saya tidak tahu dan saya tidak bertanggung jawab terhadap apa mimpi mereka tentang saya.
Saya pernah menyamar dalam blog BPN? Saya mengaku pernah menggunakan pelbagai nama ketika menulis bukan sahaja dalam BPN tetapi dalam blog-blog lain, mahupun dalam akhbar. Saya tidak pikir itu satu penyamaran tetapi ia adalah kepelbagaian nama yang memang lumrah dalam budaya Melayu. Saya sendiri nama yang diberi oleh bapa saya semasa lahir adalah lain, nama panggilan ibu di rumah juga lain, nama panggilan kawan-kawan rapat lain pula dan di tempat kerja rakan-rakan memanggil nama lain lagi, yang kononnya lebih komersil! Mengapa ia terjadi? Kerana di situlah keunikan budaya Melayu yang suka memberi gelaran berbeda dengan nama asal yang tertera di dalam surat beranak. Che Moq sendiri saya yakin menyamar tentang namanya. Namanya dalam kad pengenalan saya yakin bukan Che Moq kerana Che Moq cuma nama samarannya sahaja. Di kampung dulu, saya juga mempunyai rakan yang digelar Moq kerana fizikalnya yg kebetulan agak berisi dan gemuk. Jadi salahkah jika saya pernah menggunakan nama lain semasa berhujah dalam BPN? Sekali lagi saya tegaskan ia bukan penyamaran, sekadar menggunakan nama yg berbeda yang menjadi budaya Melayu.
Saya merepek tentang sex, menhina Islam dll...?
Namun apapun, menuduh merepek tentang sex, mengutuk Melayu, mencarut dan menghina Islam adalah satu tuduhan yang sangat berat. Apa lagi bila ia dikaitkan dengan menghina Islam, masyaallah, ia boleh menitiskan air mata saya yang lazimnya sangat degil untuk menitiskan air mata ini!! Tapi jika itulah yang sebenarnya mereka fikirkan tentang saya, tolonglah buktikan untuk saya melihatnya agar ia realiti dan bukan fantasi atau mimpi.
Saya Pengacau Di balik Nama Saiful, Malaysian, Telung?
Datuk Panglima berkata berdasarkan maklumat dari Che Moq, sayalah pengacau BPN yg bersembunyi di balik nama Saiful, Malaysian dan Telung. Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan saya ada kaitan dengan nama Saiful, Malaysian dan Telung. Saiful memang saya ingati kerana nama itu selalu muncul dalam konferen BPN, tapi insan bernama Saiful itu bukannya saya. Dan Telung serta Malaysian, siapa mereka? Saya tidak pernah menggunakan nama itu, tidak pernah!! Mengapa Che Moq yang hebat dalam dunia cyber itu tidak siasat betul-betul hal ini sebelum melaporkannya kepada Panglima yang mempercayainya bult-bulat?
Yang lebih mendukacitakan saya, saya dikaitkan dengan Malaysian yang dikatakan menulis pada waktu solat Jumaat itu! Jadi saya tidak pergi solat Jumaatlah pada 28 November? Masyaallah, Ya Allah mengapa ada makhluk di dunia ini yang sanggup membuat tuduhan sekejam itu? Sedangkan pada Jumaat lepas saya bersama anak bersolat Jumaat di Masjid al-Bukhary, Alor Star. Saya sentiasa ingat solat Jumaat itu, kerana ada hamba Allah yang 'meminjam' selipar usang saya sebagai cenderahati dan memaksa saya pulang berkaki ayam ke rumah! Saya bukan bersolat dalam mimpi, saya bersolat dalam kekhusyukan mengabdikan diri kepada Allah. Ia satu realiti, tetapi mengapa tergamak anda menuduh saya tidak bersolat pada Jumaat lepas. Sekali lagi, bila ia dikaitkan dengan agama saya, ia bisa menitiskan air mata jantan saya ini!!
Kepada Panglima yang gagah perkasa dan Che Moq yang bijaksana, semoga Allah mengampunkan kesilapan anda. Kita insan serba lemah yang tidak dapat lari dari membuat kesilapan, tetapi tolonglah jangan membuat tuduhan melulu, apa lagi jika ia berkait dengan solat dan agama suci kita. Anda boleh menuduh saya penyokong PKR, parti yang saya bukan ahlinya, tetapi tolonglah jangan menuduh saya menderhakai Allah. Semoga tiada makhluk kedua di dunia ini selain saya yang akan ditimpakan dengan tuduhan seberat itu oleh saudara berdua dan sekali lagi semoga kesilapan anda diampuniNya jua, amin....
Saturday, November 29, 2008
BETAPA DEMOKRATIKNYA BLOGGERS PEMBELA RAKYAT!!
Beberapa kali mengambil bahagian dalm blog ini menampakkan gelagat kebanyakan bloggers pro-BN ini yang kelihatan lebih UMNO dari UMNO. Kita yang bukan penyokong UMNO dan bukan ahli mana-mana parti politik menjadi begitu mengantuk bila mengikuti kebanyakan hujah blogger pro-UMNO ini yang pi mai pi mai tang tu juga. Dan kita yang bukan penyokong UMNO ini akan sering dihentam dalam konferen maya yang mereka kuasai itu dan akhirnya......
Dan akhirnya.... baru sebentar tadi saya menerima notis ini, "You have been banned from Bloggers Pembela Negara by a community moderator". Saya diharamkan menyertai BPN? Tergelak besar saya menerima notis itu. Dalam hati berkata, "Oh, betapa demokratiknya kamu, baru 5 hari menjadi YB olok-olok sudah bongkak menunjukkan kuasa!!"
Ya, baru 5 hari menjadi YB dalam mimpi alam maya BPN sudah menunjukkan bakat orang UMNO yang suka mencantas kawan sesuka hati. Jika betul-betul mereka dapat menjadi YB di mana-mana DUN atau Parlimen, mungkin ISA akan semakin diperkasa dengan pelbagai seksyen untuk menghina manusia dan kemanusiaan dan menutup mulut rakyat serapat mungkin, hingga mungkin nanti hendak makan dan menguap pun susah!! Kebebasan akhbar pula tentu diperketat hingga yang dibenarkan di pasaran mungkin Utusan Meloya, Berita Hairan dan New Shit Times sahaja, di samping stesen TV pembodek RTM dan TV3 Suku. Dan akta-akta lain seperti Akta Mesin Cetak, Akta Rahsia Rasmi, Akta Hasutan dll akan diperkemas untuk mempertahankan segelintir pemimpin korup UMNO itu.
Bersyukurlah kita kerana BPN ini hanya menjadi YB di dalam sebuah mimpi maya sahaja. Berdoalah ke hadrat Allah agar negara akan sentiasa selamat dari musang berbulu ayam yang sentiasa berkeliaran di seluruh pelusuk alam sama ada alam realiti mahupun alam maya !
Friday, November 28, 2008
BN-MCA ULANGI KETUANAN MELAYU TIDAK LAGI RELEVAN
Sambil menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek mengenai perkara itu semalam, beliau berkata, di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.
''Oleh itu kita sama-sama bangunkan negara,'' katanya selepas mempengerusikan dialog antara Exco Wanita MCA dengan 19 ahli bahagian Wanita, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Miri di sini hari ini.
Ditanya apakah pandangan Soi Lek itu selari dengan semangat UMNO yang menjadi ahli komponen dalam Barisan Nasional (BN), Mei Fun berkata:
''Kita tidak dapat memberi arahan supaya semua orang bersetuju dengan pandangan mereka.
''Biar mereka mempunyai pandangan yang tidak sama tetapi apa yang penting ada semangat kerjasama antara satu sama lain.
''Apa yang disuarakan oleh Soi Lek itu selaras dengan konsep kongsi kuasa dalam BN,'' katanya.
Mei Fun berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Soi Lek yang berpendapat konsep ketuanan Melayu tidak relevan hari ini dan telah ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.
Petikan KedahLanie
Komen putra revolusi: Bukan saja orang bukan-Melayu, tapi orang Melayu juga keliru dengan konsep ketuanan Melayu yang sekejap timbul (bila BN dilanda krisis) dan sekejap tenggelam (bila BN stabil) ini. Isteri saya selalu memperlekeh konsep lawak itu: sejak bila orang Melayu jadi tuan dan bukan Melayu jadi hamba di negara ini? Katanya ramai orang Melayu yang kerja dan makan gaji dengan bukan-Melayu. Pelik betul, mengapa si-hamba (bukan Melayu) yang memberi gaji kepada si-tuan (Melayu)? Mengapa si-hamba memiliki kereta Merc dan BMW, si-tuan pula masih sengkek hanya menaiki kapcai buruk yang masih ada hutang finance?
Hendak dikatakan Melayu ini tuan kerana Malaysia ini kita yang mula menerokainya pun tidak juga. Bukankah orang Melayu mengikut sejarah adalah penghijrah dari Yunnan, China? Yang membedakan cuma Melayu yang datang dulu ke Malaya, manakala orang Cina dan India datang ratusan tahun kemudian. Tuan yang benar-benar tuan kepada Malaysia ini ialah Orang Asli yang telah ribuan tahun menduduki negara ini. Anehnya Orang Asli yang sepatutnya digelar tuan ini tidak pula tergamak meminta gelaran tuan itu. Barangkali mereka yang rata-ratanya masih mundur dan kurang pendidikan berbanding orang Melayu itu rasa geli-geleman dengan panggilan tuan itu. Atau Orang Asli ini mempunyai tahap keintilektualan bawah sedar yang lebih tinggi berbanding tokoh-tokoh UMNO bergelar Dato, Dato Sri dan Tan Sri itu?
Bagi saya sebelum Melayu layak bergelar tuan, marilah kita martabatkan diri sendiri dulu. Letakkan Bahasa Melayu di tahap yang lebih baik, bukan berpatah balik dengan mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Majukan ekonomi Melayu, kekayaan bukan hanya milik segelintir kroni UMNOputra, tetapi menyeluruhi semua Bumiputra. Basmi gejala sosial yang kebanyakannya menghantui orang Melayu. Jika Melayu sudah dihormati baru mereka tidak diperlekeh.
Namun dalam keadaan apapun, janganlah berlagak seperti tuan. Kita negara merdeka, tiada tuan tiada hamba. Kemakmuran, kekayaan, kesejahteraan adalah milik semua. Jika hendak bercakap, cakaplah serupa bikin.
PKR JANJI KEMBALIKAN IMUNITI RAJA-RAJA
Jimadie Shah Othman | Nov 29, 08 11:27am |
PKR bersedia mengembalikan kekebalan institusi diraja jika berjaya memerintah negara sebagai memenuhi semangat Raja Berperlembagaan, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di kongres parti itu hari ini. Mengulangi muafakat bersama yang ditandatangani ketiga-tiga parti Pakatan Rakyat untuk memberikan komitmen terhadap kedudukan Raja-raja Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa Malaysia dan agama Islam, beliau berkata: "Malah kita bersedia mengembalikan kekebalan Raja-raja berteraskan semangat Raja Berperlembagaan. Inilah erti sebenar harapan baru yang kita bawa." Rabu lepas, Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar bertitah supaya kekebalan daripada tindakan undang-undang dikembalikan kepada kerabat diraja bagi membantu mereka berfungsi dengan berkesan sebagai pelindung Perlembagaan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bagaimanapun berkata, perkara itu bukan penting untuk dibincangkan oleh jemaah menteri kerana ia tidak dibangkitkan atau dipersetujui oleh Majlis Raja-raja. (Petikan Malaysiakini) |
AMPUN TUANKU, SEMBAH DERHAKA !!
Saya terbaca petikan daripada blog KERAJAAN RAKYAT yang dihantar oleh seorang blogger mengenai kenyataan Yg Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang mencadangkan imuniti Raja-Raja Melayu dikembalikan. Saya juga membaca komen blogger lain terhadap tulisan itu yang kebanyakannya menghentam sistem beraja kita. Malah ada yang mencadangkan sistem beraja DIHAPUSKAN! Lihat petikan daripada KERAJAAN RAKYAT:
Assalamualaikum
Tuanku,
Patik ingin bertanya kerana Patik merasa ragu dan curiga di atas kenyataan Tuanku.
Tuanku mohon dikembalikan kekebalan ini untuk kesejahteraan rakyat atau demi kebahagiaan, kesenangan dan kemewahan hidup Tuanku?.
Patik ingin mengetahui. Rakyat susah apakah Tuanku tahu? Rakyat menderita, apakah Tuanku mendapat berita? Rakyat miskin tertindas, apakah Tuanku membantu dengan pantas? Rakyat miskin yang berniaga nasi lemak dan kuih muih di tepi jalan amat sukar untuk mendapat bantuan daripada kerajaan, apakah Tuanku yang juga berniaga juga sukar untuk mendapat bantuan, projek dan pinjaman kerajaan?
- Rakyat berkerbau di sawah membanting tulang mencari rezeki.
Raja berkuda di padang bermain polo dengan senang hati. -
“RAJA ADIL RAJA DISEMBAH, RAJA ZALIM RAJA DISANGAH“
Ampun Tuanku..!!
Komen putra revolusi: Walaupun diakui kadang-kadang ada tindak tanduk kaum kerabat Raja tidak menyenangkan, tapi saya percaya sistem beraja perlu dipertahankan. Cuba anda bayangkan jika tanpa Raja apa akan jadi kepada Terengganu dan Perlis selepas PRU ke-12 lalu? Tentu Shahidan yang berlagak seperti Maharaja Perlis itu akan terus menerajui negeri di atas kayangan itu. Begitu juga Idris Jusoh akan terus jadi MB. Demi mempertahankan keseimbangan politik kita, sistem beraja masih diperlukan. Cuma mereka yang berdarah Raja ini hendaklah sentiasa mendampingi rakyat, elakkan berebut tender dengan kroni-kroni politik yang memualkan rakyat itu dan sentiasa menunjukkan teladan yang baik kepada rakyat.
Andai Raja berhati mulia, rakyat dan Raja berpisah tiada!! DAULAT TUANKU!!
TV3 SUKU MAKIN GILA!!!
"Bila aku tengok berita TV3 suku malam ini, aku tersentak tentang pembalakan yang berlaku di Pahang. Mereka kutuk habis tentang proses pembalakan tersebut. Aku heran, apa kejadah pulak TV3 barua ni dok kutuk Pahang sebab Pahang UMNO yang perintah. Lainlah kalau depa kutuk Kedah ataupun Kelantan ataupun lain-lain negeri dibawah PR. Aku ingat depa nak jatuhkan Najib ataupun MB gangster Adnan Yaacob. Aku pun terkejut beruk TV 3 dok ulas benda tentang balak ini.
Aku pun teruskan menonton sebab aku nak tengok fitnah apa pulak yang depa nak bawak. Aku heran sebab negeri yang depa dok fitnah itu negeri Pahang, negeri yang paling kuat UMNOnya ( mungkin lepaih ni tak kuat sebab kelapa sawit dah jatuh dan puak-puak felda dah dok merah muka sebab soru sudah kurang )...
Kemudian TV3 suka kata lagi yang Pejabat Tanah tak boleh buat apa-apa tentang pembalakan tersebut kerana itu adalah harta persendirian. Lagi aku terkejut. Kalau dah harta persendirian, ikut suka dia lah nak buat apa pin. Contoh lori aku yang aku punya sendiri, kalau aku nak bakaq ke ataupun aku nak tanamkan buat tempat cacing beranak, orang lain peduli apa? TV3 suku contohnya, kalau bangunan tu depa punya, lantaklah hang nak buat apa pun, aku tak komen apa. lainlah kalau hangpa bakaq bangunan hangpa dan bangunan aku pun terlibat sama...
Tapi akhirnya suspen aku hilang sebab depa kata tanah tu kepunyaan UIAM. Baru terang lagi bersuluh kenapa si barua ni heboh sangat tentang pembalakan tersebut. Dulu Khir Toyo lapah Bukit Cerakah sampai cerah ( macam kepala Hamid Albar ) depa tak kata apa pun.. sedangkan Bukit cerakah bukan harta khir Toyo. depa dok hingaq bukan sebab nak selamatkan balak, tetapi sebab pembalakan itu di buat di tanah UIAM. Depa takut UIAM kaya kerana di situlah tempat manusia ada otak yang tak takut nak undi parti pembangkang. Disitulah satu-satunya tempat yang pro aspirasi tajaan UMNO kalah teruk. Dalam keadaan UIAM tak berapa kaya pun depa sanggup tentang puak UMNo, apa tah lagi bila depa kaya dengan penjualan balak-balak tersebut, Makin ranggilah UIAM nanti sebab orang kaya depa boleh ranggi. Depa tak bergantung sangat kepada puak UMNO. Depa tak kebulur duit UMNO sebab tu depa menangkan parti yang menentang Pro aspirasi tajaan UMNO basi...
Sudah terang lagi bersuluh..
sebab apa anak setan dok gaduh...
Sebab depa takut UIAM berpengaruh..
Takut Pro aspirasi jadi keruh..
Selamat mengundi parti apa jugak kecuali BN...."
Komen putra revolusi: Ketiga sukuan stesen TV swasta itu sudah lama terserlah. Minggu lepas diserangnya habis-habis Kerajaan Negeri Kedah, lepas satu isu, isu lain pula. Sebelum inipun diserangnya Kedah mengenai isu MB naik jet yg disediakan istana Kedah dan isu penebangan balak, yg kemudian ternyata merupakan sesuatu yg sengaja diada-adakan. Sebelum itu diserangnya Kerajaan Negeri Selangor, Perak dan P. Pinang. Jika tanya saya percayakah dengan berita TV3, saya akan jawab hanya berita sukan saja yg boleh percaya sikit-sikit. Kenapa sikit-sikit? Kerana jika sukan itu melibatkan tokoh pembangkang, TV3 akan tetap seperti TV3 Suku!!!
NAZRI : SAYA TAK PANDANG SERIUS TITAH YDB NS MENGENAI IMUNITI RAJA-RAJA
Oleh itu, kata beliau, kenyataan Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Tuanku Jaafar tentang isu itu semalam, tidak memerlukan Kabinet membincangkan dan meneliti perkara itu.
"Pada pendapat saya, perkara ini ditimbulkan oleh baginda semata-mata kerana Yang Dipertuan Besar didapati berhutang dalam keputusan yang dibuat oleh panel khas hakim baru-baru ini, jadi baginda ada kepentingan dalam perkara ini.
"Saya tidak fikir ia ada kaitan dengan imuniti daripada segi bagi membolehkan mereka menjadi tonggak keadilan...saya tidak fikir saya akan memandang serius titah baginda itu," katanya kepada pemberita di ruang legar Parlimen di sini.
Laporan media menyebut bahawa semasa bertitah pada satu majlis jamuan tengah hari semalam, Tunku Naquiyuddin meminta agar imuniti Raja-Raja diwujudkan semula bagi membantu mereka bertindak sebagai "pelindung Perlembagaan" dengan berkesan.
Tunku Naquiyuddin bertitah bahawa imuniti amat penting bagi Raja-Raja apabila mereka ingin menangani kebuntuan berkaitan politik, contohnya apabila keputusan pilihan raya mendapati tiada parti yang menang dengan majoriti yang meyakinkan.
Dalam kes begini, titah baginda, Raja perlu menggunakan budi bicara baginda untuk melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar berdasarkan peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan dan keputusan ini tidak boleh dipertikai di mahkamah.
Bagaimanapun, titah baginda, imuniti daripada segi tindakan undang-undang tidak patut terpakai bagi kes jenayah yang dilakukan oleh Raja.
Komen Putra Revolusi: Nasib baiklah yg berkata sedemikian itu Pak Menteri, jika orang lain tentu akan dituduh menghina Raja-Raja!!
HARGA BARANG MELONJAK 100% DI ALOR STAR
ALOR STAR - Orang ramai di daerah ini merungut apabila harga bagi barang basah khususnya sayur-sayuran yang dijual di beberapa pasar borong di sini melambung sehingga melebihi 100 peratus daripada harga asal.
Tinjauan di pasar borong Alor Star dan Simpang Kuala di sini mendapati kenaikan harga melibatkan cili, santan dan daging import selain beberapa jenis sayur-sayuran.
Pengguna meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Persatuan Pengguna Kedah (Cake) mengatasi masalah itu.
Harga cili besar ialah RM15 setiap kilogram berbanding RM5 satu kg, cili padi RM9 sekilogram daripada RM3, santan RM7 sekilogram daripada RM3.50 sekilogram dan daging import RM10 sekilogram daripada RM6.50.
Seorang peniaga makanan, Ismail Midin, 65, berkata, dia terpaksa juga membeli cili dan santan pada harga yang lebih mahal kerana tidak ada pilihan.
Seorang pengguna lain, Ahmad Ismail, 47 berkata, peniaga atau pemborong tidak sepatutnya menaikkan harga barang basah terlalu tinggi dengan menjadikan cuaca sebagai punca kenaikan.
“Kenaikan melebihi 100 peratus yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya.
Peniaga pasar, Foo Ah Heng, 52, pula berkata, harga barangan itu mahal kerana dia mendapatkan bekalan pada harga tinggi daripada pemborong.
Zainal Abiddin Bulat, 58, berkata, musim tengkujuh turut menyebabkan kenaikan harga barangan basah kerana bekalan lebih sukar diperoleh.
Dia memberi contoh musim tengkujuh menyebabkan cili hidup meningkat secara mendadak daripada RM5 kepada RM15 sekilogram.
“Saya tiada pilihan dan perlu menjual pada harga mahal,” katanya.
Thursday, November 27, 2008
PERLANTIKAN SHAHRIZAT BAZIRKAN WANG NEGARA!!
PAS PERINTAH SELANGOR?
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
KUALA LUMPUR: Cadangan supaya PAS mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri Selangor tidak dilihat sebagai satu isu yang perlu dibangkitkan.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Kamaruddin Jaafar berkata, PAS sebagai komponen Pakatan Rakyat menghormati ciri-ciri perkongsian kuasa yang diamalkan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.
"Kita mengamalkan ciri-ciri (kerajaan) campuran dan perlu berlaku adil memandangkan PAS telah pun mempunyai tiga orang Menteri Besar daripada lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar hari ini yang menyiarkan cadangan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd. Nor agar PAS menerajui Selangor bagi mengembalikan keseimbangan politik dan kedudukan tidak menentu bangsa Melayu.
Kenyataan Ezam itu ekoran beberapa kontroversi berlaku di negeri itu yang berpunca daripada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepanjang lapan bulan lalu di bawah pimpinan PKR.
Bagaimanapun Kamaruddin berkata, PAS memahami ciri-ciri agihan kuasa yang telah dipersetujui bersama parti komponen lain.
"Sekarang ini PAS adalah yang ketiga besar dalam Parlimen tapi kita sudah ada tiga Menteri Besar...kalau sampai empat Menteri Besar...mana adil.
"Takkan pula kita nak sampai perintah (ketuai) sampai empat negeri," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
"Terima kasihlah kepada dia (Ezam)," katanya ringkas.
(Petikan mStar)
Sayfool
Sebelum ini, Mohd Saiful ditemani peguamnya, Zamri Idrus hadir di pejabat JAWI.
Mohd Saiful bagaimanapun, berkata beliau tidak mahu mengulas lanjut mengenai tujuan dia ke JAWI pagi ini.
KENAPA ?
ujan tidak ribut tidak … tetiba munkee ni muncul… kah kah kah… tapi kali ini Unti Pet tak ade pula….. kah kah kah….
kah kah kah… inilah yang dinamakan KONSPIRASI …. ada orang di belakang… opps… maaaf…. ada orang yang merancang… kah kah kah…
BUKAN KAH hujung minggu ini PKR akan mengadakan KONGRES DI SHAH ALAM…. maka munkee ni keluar dari lubang opps .. maaf silap lagi…. bukan lubang tapi tempat dia menyorok…. kah kah kah…
konspirator ni… nak kacau KONGRES PKR … biar media heboh hal bontot munkee ni… bukan rancangan PAKATAN RAKYAT nak ambil kerajaan…. kah kah kah…
woit…. kalau nak dapat media attention…. kah kah kah… u datang laaaa…ke shah alam…kah kah kah… ada CNN, BBC, Rueters, AFP, AP, ABC, CBS, Aljazera…. semua tunggu you … kah kah kah…u bawak laaa unti pet….kah kah kah
…kah kah kah… u bawa juga borang application scholarship yang mat mongol dah rekomen pada u… kah kah kah…
Aljazeera nak ambil u nak jadi u pengacara program….ANA IBNU CAR MURTA… kah kah kah…
Tv Pakistan nak ambil u jadi pengacar program….DOS DOS BENCUT HEI…kah kah kah
Berbulan-bulan dulu TT banyak terima surat bertanya tentang…. betul ke munkeee ni kena…. kena apa hah?.... susah nak cakap…. ada yang tanya adakah munkee ni sudah hamil… ada yang tanya adakah munkee sudah berbadan dua…. ada yang bertanya betulke munkee ni sedang bunting…. kah kah kah….
kah kah kah…semua pertanyaan tak baik….sorang pun tak ada bertanya apa khabar Unti Pet… kah kah kah…kah kah kah….
kah kah kah... konspirator lupa…. ni zaman dah ada internet….kah kah kah…
(Petikan daripada:Tukartiub)
MCA: KAMI TAK TERIMA KETUANAN MELAYU!!! |
Nov 27, 08 |
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini berkata konsep perkongsian kuasa dalam Barisan Nasional (BN) mesti diubah. "Bila kita berkata tolak 'Ketuanan Melayu', kita bukannya mencabar hak-hak istimewa orang Melayu. Ianya terkandung dalam perlembagaan kita dan tiada siapa pun boleh mengenetapikan pada masa ini. "Dalam cara yang sama, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Statusnya dilindungi dalam perlembagaan, dan tiada siapa pun yang boleh mengubahnya," kata Chua. Beliau berkata, status tersebut diterima dan dihormati, maka "bila kita belajar bahasa lain atau memasang papan tanda dalam bahasa lain, ianya bukan mencabar status bahasa kebangsaan kita". Sehubungan itu, Dr Chua menegaskan pentingnya mengubah pemikiran rakyat Malaysia supaya tidak menguasai 'satu bahasa' sahaja dalam dunia globalisasi IT. "Kita perlu berdayasaing tinggi. Maka meningkat pembelajaran dan penguasaan adalah mengenai memperkayakan tenaga kerja kita, bukan (bermaksudn) lain," tambahnya. Beliau berkata, rakyat Malaysia mesti berubah dan kurang bersikap konfrontasi, kontroversial, emosi dalam isu-isu yang melewati batasan perkauman. |
Oleh: SITI ZALEHA ABDUL RAHIM
tersebut.
Namun, apa yang dikesalkan sekarang, masih terdapat sekolah-sekolah di negeri Kedah masih menampal gambar Menteri Besar terdahulu, walaupun kepimpinan kerajaan negeri telah bertukar selepas pilihan raya ke-12 Mac lalu.
Komunikasi, YB Tuan Haji Abdullah Jusoh bagi menjawab soalan ADUN
Bakar Bata, YB Dato' Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah pada Sidang Dewan
Negeri Mesyuarat Keempat Penggal Pertama Dewan Undangan Negeri Kedua
Belas. YB Dato' Paduka Ahmad Bashah menyarankan agar Exco Pendidikan
melawat sekolah-sekolah di negeri Kedah dengan tujuan pemantauan.
Menurut YB Tuan Haji Abdullah, Kerajaan Negeri dan pusat
bertanggungjawab dalam pembangunan sistem pendidikan. Kerjasama ini
penting bagi melahirkan para ilmuan yang berjasa kepada agama, bangsa
dan negara.
"Apa yang kita harapkan, ada satu rasa muhibah antara Kerajaan Negeri
dan Persekutuan adalah diharapkan, tapi apa yang saya dapati di
sekolah pun tak ada gambar Menteri Besar sampai sekarang, jadi
murid-murid tak tahu siapa Menteri Besar sebenarnya.
"Fungsi sistem pendidikan negeri dimainkan pada peringkat negeri dan
pusat, bagi peringkat negeri hanya mampu untuk membantu sebahagian
daripada aktiviti melibatkan murid-murid yang wujudkan suasana
pembelajaran serta sumbangan setakat yang kita mampu.
"YB Bakar Bata sarankan Exco pendidikan yang sepatutnya pergi ke
sekolah-sekolah, kalau pihak kementerian rasa ini sesuatu yang perlu
kita laksanakan, Alhamdulillah, walau macam manapun apa yang berlaku
sebaliknya," jelas beliau. (PETIKAN DARIPADA KEDAHLANI)
Wednesday, November 26, 2008
Safar Jumaat Thu | Nov 27, 08 | 12:28:31 pm MYT | |||||||||
SEHINGGA hari ini, sudah lima tahun Tun Dr Mahathir Mohamad meninggalkan kerusi Perdana Menteri, tetapi kata-katanya terhadap Umno, masih lagi berbisa, malahan merisaukan para penyandang jawatan, dari yang paling tinggi hinggalah yang terendah. Terbaru, beliau bercakap mengenai ada calon Timbalan Presiden Umno, yang mulanya terlalu sedikit mendapat pencalonan tetapi minggu-minggu terakhir meningkat dengan kelajuan yang mengejutkan, hingga mencukupi kuota untuk layak bertanding, dikaitkan dengan politik wang. Dakwaan Dr Mahathir itu, tentunya menyinggung perasaan dua calon lain, selain Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tetapi ada juga yang berpendapat, Dr Mahathir sebenarnya 'melontar sebutir batu untuk membunuh dua ekor burung.' Sebenarnya, Dr Mahathir didakwa tidak begitu fokus terhadap pertandingan antara Muhyiddin dengan Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Muhammad Muhd Taib kerana beliau sudah berkira-kira, Muhyiddin bakal menjadi pilihan perwakilan kerana sejak awal, Dr Mahathir begitu gembira dengan keberanian Muhyiddin bercakap isu dipercepatkan Pelan Peralihan Kuasa antara Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Namun, hati kecilnya ingin melihat Muhyiddin menang tanpa bertanding seperti Najib yang mendapat pencalonan bulat dari bahagian-bahagian kecuali Gua Musang yang mencalonkan Tengku Razaleigh Hamzah. Jika bukan Timbalan Presiden yang menjadi fokus Dr Mahathir, jawatan apakah yang ditumpukan? Ada pihak mendakwa, Dr Mahathir terlalu kecewa apabila Dato' Seri Mohamad Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin mencukupi kuota pencalonan untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, sedangkan dua minggu terdahulu, anaknya, Dato' Mukhriz sahaja yang layak bertanding jawatan itu, sedangkan Dr Mohamad Khir dan Khairy Jamaluddin masih jauh ketinggalan. Dari mata kasar Dr Mahathir, lonjakan mendadak di minggu-minggu terakhir mesyuarat bahagian-bahagian seolah-olah 'digelumangi dengan wang' hingga menyebabkan peningkatan pencalonan mereka yang belum mencukupi kuota, kelihatan mendadak. Ia tentunya menimbulkan kecurigaan. Mungkin Dr Mahathir membayangkan, bahagian-bahagian yang masih belum bermesyuarat, akan terpengaruh dengan calon yang sudah mendahului dan boleh disifatkan sebagai pilihan mutlak, sebagaimana Najib mendapat pencalonan. Malangnya, bayangan Dr Mahathir itu, tidak berlaku kerana ketika Khairy Jamaluddin yang sudah hilang tempat berpaut, apabila Abdullah mengumumkan hasratnya tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno, masih diterima 52 Pemuda bahagian (yang mencalonkannya). Khairy Jamaluddin dilihat bukan sahaja terpaksa melawan dengan Mukhriz dan Dr Mohamad Khir tetapi turut berdepan dengan serangan demi serangan dari Dr Mahathir. Namun, Khairy tetap mengambil sikap berdiam diri kerana baginya, lebih baik menjadi mangsa serangan Tun (Dr Mahathir) daripada menjawabnya hingga nanti dianggap sebagai biadap kerana tidak menghormati seorang negarawan tersohor. Sebaik sahaja Dr Mahathir menyebut mengenai politik wang, beberapa pihak memintanya memberikan bukti dakwaan yang dibuatnya itu supaya Lembaga Disiplin Umno dapat menjalankan siasatan. Namun Dr Mahathir memilih untuk mendedahkan sahaja nama calon-calon yang dikatakan terlibat politik wang tetapi sekadar menyebut tanpa disertakan dengan bukti. Gertakan Dr Mahathir itu menyebabkan salah seorang dari lapan calon Naib Presiden, Dato' Seri Mohamad Khaled Nordin merayu supaya bekas Perdana Menteri tidak meneruskan niatnya itu kerana ia akan memberi kesan tidak elok dan bakal berlaku penganiyaan terhadap calon-calon tertentu. Dalam perkembangan yang sama, Muhyiddin berani untuk disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana beliau yakin beliau tidak terlibat dengan permainan politik kotor itu, bagi mendapatkan pencalonan. Abdullah dilihat lebih condong kepada Mohd Ali dalam pesaingan Timbalan Presiden manakala Dr Mahathir dilihat ke arah Muhyiddin. Bagi jawatan Ketua Pemuda, Abdullah tentunya condong kepada Khairy yang juga menantunya manakala Dr Mahathir tentulah mahukan anaknya, Mukhriz memenangi pesaingan itu. Yang bersendirian bagi jawatan Timbalan Presiden, Muhammad manakala, bagi jawatan Ketua Pemuda, Dr Mohamad Khir banyak bergantung kepada kerja sendiri yang dia buat. Setakat ini, Dr Mohamad Khir mendapat 62 pencalonan, berbanding Mukhriz 74 dan Khairy, 52. Masa lima bulan untuk berkempen ini, sudah digunakan Mukhriz dan Dr Mohamad Khir yang menolak jawatan kabinet jika menang pemilihan nanti, manakala, Khairy mencabar kesemua calon-calon Ketua Pemuda berdebat untuk menyatakan misi dan visi masing-masing membawa Pergerakan Pemuda Umno menempuh gelora politik yang semakin teruk. Apakah anggota-anggota Lembaga Disiplin Umno akan tertekan dengan kenyataan Dr Mahathir itu, hingga menyebabkan mereka menggerakkan jentera untuk memulakan siasatan dan seterusnya mendakwa kesemua pesalah laku politik wang dalam pertandingan kali ini. Apakah ada keberanian di pihak Lembaga Disiplin untuk menyiasat dakwaan jika aduan turut melibatkan calon-calon yang Dr Mahathir mahu mereka menang? Jika tidak, kredibiliti Lembaga Disiplin akan disangsikan. Maklumlah, Dr Mahathir tentunya mahu mereka yang disokongnya, itu menang tanpa bertanding. Sama ada berjaya atau tidak strategi Dr Mahathir kali ini, dengan memberi bayangan kepada Lembaga Disiplin supaya menyiasat calon-calon yang mendapat pencalonan melonjak di minggu-minggu terakhir, akan terjawab sebaik sahaja Lembaga Disiplin membuka fail siasatan. Jika tidak, sebutir batu yang mahu membunuh dua ekor burung itu tidak akan berjaya kerana Lembaga Disiplin mustahil mahu bertindak atas bayangan Dr Mahathir kerana mereka memerlukan setiap dakwaan disertakan dengan bukti kukuh. Setakat ini, Lembaga Disiplin sudah mengesahkan terdapat 30 peratus aduan adalah palsu dan dibuat kerana tujuan tertentu. - mr_ |
ARAK: KEJAYAAN PERTAMA PAS DI SHAH ALAM |
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) yang pertama di Selangor - di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat - yang akan membataskan jualan minuman keras berkuatkuasa Januari depan. Semakan semula lesen Mesyuarat MPK Pihak media telah memperolehi salinan kertas cadangan tersebut. Malaysiakini menghubungi ahli majlis MPK berkenaan melalui SMS untuk mendapat komennya. Dalam jawapannya, juga melalui SMS, beliau berkata tidak mahu mengulas mengenainya. Diminta mengulas isu tersebut, Khalid menegaskan, apa yang dilakukan ahli majlis PAS itu "hanyalah cadangan dan bukannya tuntutan". Reaksi PAS "Kalau kita lihat, 7-Eleven, misalnya, merupakan pengenalan pertama alkohol kepada orang muda," katanya. |
|
Advertisement | ||||
Advertise here ( RM10/day )
Advertise here ( RM10/day )
| ||||