Wednesday, December 31, 2008

KEPUTUSAN CEMERLANG SAINS & MATEMATIK PMR SATU KONSPIRASI?

Hari ini semua akhbar memaparkan wajah-wajah ceria pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan itu tahun ini dengan 26,378 pelajar atau 5.96 peratus mendapat gred A dalam semua subjek yang diambil, meningkat 0.83 peratus berbanding purata keputusan PMR dari 2005 hingga 2007. Daripada jumlah itu, 3,396 pelajar mendapat 9A dalam semua mata pelajaran, 17,969 (8A) dan 5,013 (7A). Akhbar-akhbar juga melaporkan tentang prestasi cemerlang gred A dalam subjek matematik yang menunjukkan peningkatan kepada 25.6 peratus berbanding purata 22.1 peratus dalam tempoh lima tahun sebelumnya.

Prestasi gred A bagi subjek sains juga turut meningkat kepada 17.2 peratus daripada purata 16.4 peratus purata dari 2003 hingga 2007.
Lalu akhbar-akhbar pun membuat kesimpulan bahawa keputusan cemerlang itu membuktikan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak menjejaskan pencapaian pelajar dalam kedua-dua subjek berkenaan. Maka ramailah yang bertanya mengapa GAPENA, NGO-NGO Melayu dan parti-parti politik pembangkang begitu sibuk hendak mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu, sedangkan keputusan PMR menunjukkan dasar itu tidak menjejaskan pencapaian pelajar-pelajar kita.

Tapi benarkah pelajar-pelajar yang mendapat A dalam sains dan matematik dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik? Saya ada anak saudara yang mendapat A dalam semua subjek termasuk sains, matematik dan Bahasa Inggeris dalam PMR tahun lepas dan tahun hadapan dia yakin mengulangi pencapaian yang sama dalam SPM. Tapi saya lihat penguasaan Bahasa Inggerisnya tidaklah sebaik mana. Bila disoal oleh Mat Salih yang tersesat jalan pada suatu hari nampak benar dia gelabah dan terkial-kial untuk menerangkan arah jalan dengan bahasa yang paling mudah.


Ada rakan dari Kementerian Pelajaran menyatakan Kementerian itu memang sengaja membuat tambahan markah untuk subjek sains dan matematik bagi menghasilkan keputusan yang lebih baik kepada pelajar. Dengan itu pelajar yang sepatutnya mendapat B atau C dalam kedua-dua subjek itu telah mendapat keputusan yang lebih baik sama ada A atau B dan begitulah seterusnya. Dengan menghasilkan keputusan yang lebih baik dalam kedua-dua subjek itu ia dapat menepis bantahan pencinta-pencinta bahasa yang ingin mengembalikan pengajaran sains dan matematik dalam Bahasa Melayu.

Sama ada dakwaan rakan saya itu benar atau sekadar gurauan, saya tidak dapat mengesahkannya walaupun dia begitu yakin dengan sumber berita itu. Tetapi apabila mereka yang mendapat A dalam kedua-dua subjek itu gagal menguasai Bahasa Inggeris dengan baik, maka saya hampir percaya dengan kata-katanya. Saya hampir-hampir percaya rupanya seperti ada konspirasi terancang bagi memastikan sains dan matematik terus diajar dalam Bahasa Inggeris di masa hadapan.


Petikan : http://pendikargunung.blogspot.com/

Wednesday, December 24, 2008

UMNO Yang Kuno

Beri amaran, gantung, malah dipecat bukanlah satu cerita pelik dalam tradisi UMNO. Tetapi kelmarin apabila seorang bekas Ketua UMNO Bahagian diberi amaran hanya kerana berkempen dengan menggunakan blog, ia menghadirkan rasa hairan saya yang bukan kepalang. Rupanya seperti yang dikatakan oleh Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tengku Ahmad Rithauddeen kelmarin mana-mana calon yang menggunakan blog untuk berkempen sebarang jawatan parti sama ada di peringkat cawangan, bahagian atau Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan UMNO Mac depan boleh dikenakan tindakan disiplin kerana ia melanggar Tatakelakuan UMNO. Namun ahli-ahli parti masih dibenarkan memiliki blog sendiri tetapi ia tidak boleh sama sekali memiliki sebarang unsur yang boleh ditafsirkan sebagai berkempen untuk diri sendiri atau pihak lain.

Saya terkeliru betul dengan Lembaga Disiplin UMNO ini. Mereka bercakap seolah-olah sedang berada di zaman baru mencapai kemerdekaan. Atau mungkin mereka ini jenis rabun IT yang tidak kenal dan tidak pernah menggunakan kemudahan internet, tidak tahu apa itu blog dan tidak sedar peranan blog di zaman digital ini? Tapi tak kan pula pemimpin-pemimpin besar UMNO itu berjiwa kecil dan sedungu itu? Mustahil, mustahil! Tak kan lah minit mesyuarat Lembaga Disiplin UMNO masih ditaip dengan menggunakan mesin taip jenis Olympia atau Olivetti hingga memaksa Ahli Lembaga Disiplin UMNO tidak dapat balik ke rumah seperti yang dikatakan oleh Tengku Ahmad Rithauddeen? Tapi jika bukan itu, apa gerangan sebabnya hingga Lembaga Disiplin UMNO membuat keputusan sepelik itu?

Pada masa ini pun sudah banyak blog dibangunkan oleh calon-calon UMNO. Ada yang dibangunkan sendiri oleh calon-calon tersebut, ada juga yang dibangunkan oleh penyokong-penyokong mereka. Contohnya ialah blog Khairy Jamaludin, Dr Khir Toyo, Muhammad Mohd Taib dan lain-lain. Berdasarkan kenyataan Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO bermakna blog-blog yang wujud itu perlu ditutup kerana melanggar arahan parti. Jika blog pro-UMNO ditutup ia mungkin berita baik untuk PR yang selama ini pun memang nampak menang besar dari segi jumlah blog di negara ini. Perang memenangi hati pengundi kini bukan lagi semata-mata menggunakan senjata konvesional - akhbar, TV dan ceramah, tetapi telah beralih kepada peperangan alam siber, peperangan alam maya yang lebih sengit dan canggih. Jika UMNO memilih untuk kembali ke zaman awal kemerdekaan, zaman di mana komputer belum wujud di negara ini, silakan. Jika mereka memilih untuk tertinggal jauh ke belakang dan menjadi shooting target PR di alam siber tanpa berpeluang membela diri dalam PRU ke-13 ini, silakan.

Meneliti keputusan Lembaga Disiplin UMNO itu, saya kadang-kadang tertanya-tanya - apa pandangan masyarakat luar negara membaca berita pelik penggunaan blog tidak dibenarkan dalam parti pemerintah negara ini? Mereka mungkin menganggap Malaysia yang terperosok di tangga 163 dalam senarai FIFA memang negara mundur dari segi pembangunan fizikalnya hingga penggunaan blog pun dipandang serong oleh kepimpinn politiknya. Mungkin ada negara luar yang menganggap kita cuma layak dibandingkan dengan Timur Liste, Liberia, Ivory Coast atau Lisotho yang pembangunan ITnya masih kuno dan terkebelakang itu. Walaupun pihak yang menampakkan diri sebagai kuno ialah kepimpinan UMNO, tetapi tidak mustahil Malaysia juga di pandang kuno, sekuno UMNO!!

(Petikan: pendikar gunung kriang)

Wednesday, December 17, 2008

AKHIRNYA JERIT BERJAYA TIBA KE PARLIMEN.....

Polis membenarkan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang dianggotai pelbagai NGO, untuk memasuki kawasan Parlimen bagi menyerahkan memorandum kepada kerajaan pusat dan pembangkang tengah hari tadi.

Memorandum tersebut diserahkan kepada lima Ahli Parlimen.

Mereka terdiri daripada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator T. Murugiah bagi pihak kerajaan, S. Manikavasagam (DAP), Mahfuz Omar (PAS), Dr. D. Jeyakumar (Parti Sosialis Malaysia) dan Saifuddin Nasution mewakili Ketua Pembangkang dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kira-kira pukul 12.50 tengah hari tadi.

Sejak sebulan lalu Jerit mengadakan program mengayuh basikal untuk menyerahkan memorandum kerajaan-kerajaan negeri termasuk yang terbaru semalam kepada kerajaan negeri Selangor.

Pada sidang media diadakan selepas itu, Jeyakumar berkata, beliau berharap kumpulan-kumpulan lain juga selepas ini akan dapat menyuarakan hasrat mereka secara bebas dengan apa jua cara seperti yang dilakukan Jerit.

Beliau turut melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana kumpulan yang terdiri daripada 130 orang itu ditahan oleh pihak polis di pintu masuk ke Parlimen sedangkan mereka telah pun mendapat kebenaran daripada pihak keselamatan Parlimen.

"Memang mereka tidak dibenarkan masuk ke bangunan Parlimen kerana berseluar pendek tapi mereka dibenarkan masuk ke dewan serbaguna bagi mengadakan majlis kami di sini.

"Jadi sebab mengapa polis tahan mereka, saya tidak pasti," katanya.

Sementara itu, Murugiah pula telah meninggalkan majlis tersebut selepas menerima memorandun daripada mereka.

Bagaimanapun, penyelaras Jerit, Y. Kohila Janasekaran berkata, Murugiah berjanji akan melihat perkara yang terkandung dalam memorandum berkenaan.

Terdahulu, 12 daripada peserta kumpulan itu yang diketuai Mahfuz dan Manikavasagam dibenarkan berkayuh masuk ke pekarangan dewan seperti yang dirancang, manakala selebihnya dibenarkan masuk secara berperingkat dengan berjalan kaki.

Mereka tiba di dewan tersebut pada pukul 11.50 pagi dan disambut oleh beberapa ahli Parlimen pembangkang termasuk Lim Kit Siang (Ipoh Timur), Saifudin Nasution (Machang), Abdullah Sani (Kuala Langat), R. Sivarasa (Subang), Tian Chua (Batu) dan Salahuddin Ayub (Kubang Kerian).

(Petikan : mStar)

HA,HA,HA!! RUPANYA DI MALAYSIA, BASIKAL DIANGGAP LEBIH BAHAYA DARI SENJATA API!!

At National Service camps, teenagers are introduced to machine guns. But when they participate in a social awareness campaign, police regard them as children who are not old enough to ride a bicycle.'

Selangor police chief Khalid Abu Bakar’s statement that the children had no clue about the campaign is an utter lie. This group of people have been following the campaign from Kedah, so please don’t tell us they didn’t know what they were cycling for.

Khalid also said that he saved the children from being exploited. This is another lie. It was the police, themselves under the instruction of Khalid, who exploited the children. They were arrested at a car park, surrounded by yellow tape, not allowed to move around, left to get wet in heavy rain and forced to spend the night in a police station. Their parents were also not allowed to enter the police station.

If Khalid really wants to save children, may I suggest he starts with the children of migrant workers, refugees, the poor, street children and child labourers. And what about children like Nurin Jazlin who was brutally killed and Sharlinie Nashar who is still missing. What have your men done for these girls?

Save and protect children who really need help. Not the children who have been cycling for the betterment of the nation.

Officially, the National Service programme can recruit conscripts starting from the age of 16. At the NS camps, these teenagers are introduced to machine guns. We would suppose that after they have completed their training, our teens would be ready to defend the country.

But when 16 to 17-year-olds participate in a social awareness campaign like Jerit, police regard them as children who are not old enough to ride a bicycle with their group of friends.

Abigail de Vries: I would like to ask the Selangor Police Chief who claimed that the arrest of the cyclists was "to prevent them from being exploited or misused by irresponsible groups", if the Malaysian police force is now in the habit of arresting people for their own protection. I am reminded of the same reason given for the arrest of a reporter under the ISA not long ago.

If that is so, then are we to expect the police to arrest the many people who need to be protected from being robbed or raped daily? This would indeed be a novel approach to law enforcement.

It’s a wonder that the police don’t already have their hands full, what with the rampant crime in our city streets that they would want to add to their case load by arresting people for cycling!

Please Khalid, times are hard. Why not save our precious tax-payer ringgit and arrest real criminals instead of ordinary citizens peacefully trying to exercise their rights and raise awareness of important issues. I fail to see what the crime in that is.

The Selangor Police Chief has indeed made a mockery of democracy and the rakyat's peaceful efforts to highlight to the prime minister and his line of men and women, the needs of the people.

The campaign aims to highlight the plight of marginalised communities and concerned citizens have taken up this noble role of cycling across the nation to responsibly inform both the rakyat and our leaders of their needs and demands for improvement.

An MP who prior to becoming an MP had already served the rakyat, an uncommon sight among leaders today, was charged for all the wrong reasons. There were consent letters given by parents but still the police chief refused to acknowledge the altruistic role played by the highly respected MP Dr Jeyakumar Devaraj.

I urge the police to withdraw the charge against this fearless MP.

It is also disturbing to note that children were held overnight at the police station and food was not provided until much later.

The police chief has to apologise for his lack of concern for the overall safety and needs of the children he booked for an activity that is peaceful in nature.

(Petikan: Malaysiakini)

HARGA PETROL SEPATUTNYA CUMA RM1.42 SELITER!!

Harga petrol sepatutnya diturunkan 48 sen kepada RM1.42 dan bukan diturunkan 10 sen sahaja, seperti yang dilakukan oleh kerajaan semalam, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.




Menurut beliau, keputusan kerajaan menurunkan harga petrol sebanyak 10 sen kepada RM1.80 mulai semalam tidak menunjukkan harga pasaran sebenar, di mana harga pasaran minyak mentah dunia semasa berlegar sekitar RM157 satu tong (US$45).

Keputusan itu juga, katanya, tidak memberi kesan besar kepada peningkatan pendapatan orang ramai.

"Pada 2005, harga minyak mentah dunia berada sekitar RM164 setong (US$47) dan harga petrol di Malaysia adalah RM1.42 seliter.

"Jadi perkiraan yang sama perlu diguna pakai dalam menentukan harga semasa petrol di negara ini," kata Guan Eng.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya semalam, beliau juga meminta kerajaan mengarahkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya menurunkan tarif elektrik berikutan harga bahan api yang semakin menurun sejak kebelakangan ini.

"Harga petrol sudah diturunkan beberapa kali sehingga RM1.80 tetapi tarif elektrik masih kekal seolah-olah harga petrol masih RM2.60 seliter," katanya.

Menurutnya, TNB menggunakan 60 peratus gas dan 40 peratus arang batu untuk menjana elektrik untuk keperluan pengguna.

"Harga gas menurun sedikit tetapi arang batu menurun lebih 50 peratus. Jadi TNB tidak mempunyai apa-apa lagi alasan untuk tidak menurunkan tarif elektrik," kata Guan Eng.

Beliau berkata, jika TNB mampu membayar RM4 bilion setahun kepada pengeluar tenaga bebas (IPP) untuk tenaga yang tidak digunakannya, ia juga harus mampu menurunkan tarif elektrik kerana ia digunakan oleh keseluruhan rakyat negara ini._

Petikan : Harakahdaily

MAMPUKAH BLOGGERS PRO-UMNO MENAFIKAN KEBENARAN?

Sehingga bulan Disember 2008, tulisan dan liputan di blog puak-puak UMNO di Kedah hanya memberi focus kepada 3 perkara: Pertama menyebar fitnah bahawa Menteri Besar tidak sihat, kedua mempertikaikan kredibiliti Che Had dan Yusrin yang menguruskan GLC, dan ketiga mengadu domba Menteri Besar dengan tiga orang EXCO (YB Dato Phahrolrazi, YB Ir Hj Amiruddin dan YB Dato' Taulan).

Maka mudahlah dibaca apakah concern dan behavior UMNO Kedah. Pertama menyebarkan fitnah untuk melemahkan keyakinan rakyat (kerana mereka sering membomohkan ketua mereka supaya sakit), kedua membalas dendam akibat kehilangan lubuk rasuah (akibat kegilaan yang terlampau kepada wang), ketiga cubaan melaga-lagakan pimpinan PAS (kerana tidak pernah melihat pemimpin BN yang tidak bergaduh).

Apakah tiada perkara lain yang lebih 'bertenaga' untuk diketengahkan untuk melancarkan propaganda dan perang saraf kepada kerajaan pimpinan PAS di Kedah? Jawabnya tidak, kerana memang tiada ruang yang dibuka untuk itu. Mereka hanya mengharap segasa dosa yang mereka tinggalkan di negeri ini diulang juga oleh oleh kerajaan baru, maka sebab itu, sudut serangan mereka adalah dari arah 'dosa-dosa' yang mereka kerjakan dulu. Rakyat tidak terlatah dengan propaganda mereka kerana rakyat lebih tahu apa yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan baru.

Ada beberapa isu 'furuq' dan sampingan yang cuba dilontar kepada masyarakat dengan nada penuh kepalsuan dan berstatus picisan seperti isu babi, isu perumahan, isu balak dan isu memorandum kepada MB. Setelah dijawab dan dijelaskan, serangan mereka patah terkulai layu, mati pucuklah blogger-blogger UMNO/BN walau disokong puluhan sumber media utama negara. Semua isu yang diangkat untuk menjerat kerajan dan rakyat tidak berstamina untuk mencapai garisan penamat. Begitulah UMNO dan BN, tak pernah ada teras untuk menegakkan batangnya, akhirnyam pucuk bertemua akar jua….

Saya percaya, mereka tidak mampu berlumba dengan kebenaran kerana mereka hanya penulis/blogger upahan yang mencari sesuap nasi untuk anak bini, bukan berjuang atas teras dan aqidah yang benar. Dihujung jalan perjuangan ini, kita tidak akan nampak kelibat mereka lagi, mereka sudah tersungkur dan bertelanjang. Kalau adapun yang kuat sedikit kudratnya dari dorongan perjuangan, mereka tidak akan mampu bersaing lagi kerana ternyata perjuangan mereka hanya bermatlamatkan harta benda dan pangkat, sedangkan kiraan digarisan penamat adalah berdasarkan kebenaran, kehormatan dan ketulusan – pancaran dari Aqidah yang benar.

Sementara lontaran tiada tenaga, gerak saraf kononnya ada ADUN dan EXCO PKR hendak menyeberang juga tak kesampaian, mudah saja dipatahkan. Masakan dapat membeli lima Adun di Kedah, sedangkan mereka hanya perlu dua di Perak pun tak berdaya disogok. ADUN-ADUN itu pula asyik bercerita kepada MB tentang rancangan dan pertemuan dengan broker-broker bekas MB. Ada pula datang mengadu diugut dan digertak oleh agen-agen UMNO/BN. Sudah terdedah semua rancangan dan pertemuan, hatta rancangan untuk mempengaruhi istana bagi menjayakan agenda bacul itu. Pihak Tuanku pun diberitakan telah menjawab 'No at any cost" kepada MB.

Dalam keadaan UMNO lemah dan bercakaran sekarang ini, tidak mungkin amanah besar memerintah negeri seperti yang ditunjukkan oleh Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan. Rakyat Kedah hanya akan mampu melihat drama lama diulang tayang semula jika BN kembali berkuasa di Kedah. Apakah tajuk drama yang sering dimainkan oleh BN dulu? Antara lain tajuknya berkisar tentang:

1. Berapa pula MB akan membolot duit balak setiap hektar yang dianugerahkan.

2. Berapa pula elaun pengarah GLC yang dilantik dari suku sakat pemimpin UMNO.

3. Berapa pula GLC akan menjadi lubuk UMNO mengaut kekayaan negeri.

4. Ke mana MB akan terbang dengan jet pribadi untuk makan angin dan berfoya-foya.

5. Berapa ramai pegawai favorite yang akan dikayakan seperti Man Lengkung, Ghafar, Mat Che Nai dan lain-lain.

6. Berapa pula Hamdan dan sekutunya akan dapat projek

7. Berapa juta pula rumah kedua dan ketiga MB nak buat

8. Berapa pula pesta dan majlis berseronok akan dianjurkan.

9. Berapa minit DUN akan bersidang untuk membhaskan isu-isu utama pemerintahan.

10. Apa pula fesyen pakaian yang akan digayakan oleh EXCO dan ADUN BN, termasuk pegawai-pegawai KCS.

Semuanya berkisar tentang wang, kuasa, fesyen, peluang kekayaan, elitsm, dan tipu-menipu. Apa nak berlaku pada nasib rakyat, jangan peduli sangat, takut tak terbuat.

Rakyat Kedah, dari semua latar belakang agama, bangsa, keturunan, bahasa, daerah, jantina dan peringkat umur, harus bertekad untuk mengubah tajuk-tajuik di atas dengan mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah. Saya yakin, dua penggal sudah memadai untuk PR menunjukkan contoh yang diidam-idamkan oleh sekelian rakyat. Satu penggal mungkin tidak jelas, walaupun sudah banyak kebocoran dan kerosakan dapat dibaiki. Tahanlah diri dari dipengaruhi tipu daya UMNO/BN, seperti yang telah ditayangkan kepada kita selama 50 tahun lalu.

(Petikan : KedahLanie)

Komen putra revolusi : Manusia ini kadang-kadang ingat bila dia menjadi pencuri, semua orang lain pun pencuri juga. Maka fe'el buruknya itu terus terbawa-bawa, biarpun dia telah dihukum. Depa tak jemu-jemu menghampiri orang lain yg disangkanya pencuri juga utk masuk perangkap depa. Perasuah, kaki songlap masih merindui saat-saat manis mendapat habuan percuma yg kini sukar diprolehi. Depa masih tak sedar diri, masih ingat hebat di tengah rakyat yg mentertawakan depa. Kesian depa, no?

Tuesday, December 16, 2008

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, BN KALAH JUGA MENINGGALKAN BELANG!! (KES I)

Jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kini sedang menyiasat pemborosan semua wakil rakyat BN sebanyak RM26.6 juta dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.

Menurut seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), siasatan terhadap perbelanjaan besar ini antara dua kes yang dijalankan olehnya.

Satu lagi kes melibatkan sumbangan jutaan ringgit kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri sejak penubuhannya pada 1985.

Haniza Mohd Talha berkata, jawatankuasa khas itu masih lagi menyiasat penggunaan RM26,634,844 juta atau 90.6 peratus peruntukan untuk wakil rakyat di negeri itu menjelang pilihanraya umum Mac lepas.

Siasatan itu mengambil masa kerana membabitkan 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN sesi lepas, tambahnya.

Selcat dibentuk oleh DUN Selangor tidak lama selepas Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, antaranya untuk menyiasat kes pemborosan ini.

Dalam persidangan pertama Dewan itu Mei lepas, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan penyelewengan itu yang juga ditegur oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sewaktu majlis perasmian.

Peruntukan sebanyak RM500,000 bagi seorang wakil rakyat hanya berbaki RM2.9 juta sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri, katanya.

Abdul Khalid dilaporkan berkata, Speaker DUN lalu Tan Sri Onn Ismail yang bukannya seorang wakil rakyat BN sesi lepas turut membelanjakan RM600,000.

Jawatankuasa khas Selcat bertujuan memantau selia dan memeriksa kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam pentadbiran kerajaan Selangor.

Speaker DUN Teng Chang Khim bertindak sebagai pengerusi badan itu.

Selain Haniza, jawatankuasa itu dianggotai lima lagi ahli DUN – Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua).

(Petikan:Malaysiakini)

HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, BN KALAH JUGA MENINGGALKAN BELANG!! (KES 2)

eksklusif Satu siasatan awam akan diadakan terhadap sumbangan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (Balkis) yang disalurkan oleh enam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri
sewaktu pemerintahan Barisan Nasional.

Siasatan awal Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat), Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mendapati ada "kes-kes yang memerlukan siasatan lanjut".

Anggota Selcat, Haniza Mohd Talha berkata siasatan awal jawatankuasa itu mendapati terdapat sumbangan wang yang besar kepada badan itu setiap bulan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan berkata, nilai transaksinya ada yang mencecah sehingga RM1 juta setahun sejak penubuhan Balkis pada 1985.

Beliau bagaimanapun enggan menyerahkan butiran syarikat dan jumlah sumbangan tersebut.

Isu Balkis mencetuskan kontroversi apabila wang milik badan itu, dilapor dipindahkan ke satu akaun lain sebaik sahaja negeri itu jatuh ke tangan Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum 8 Mac lepas.

Yang dipertuanya Zaharah Kechik, yang juga isteri bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo (foto kanan), dilaporkan memanggil mesyuarat tergempar Balkis pada 11 Mac untuk membubarkannya dan menutup akaun sehari kemudian.

Wang itu, dilaporkan berjumlah RM9.9 juta, telah disalurkan ke sebuah akaun lain sebelum diserahkan kepada Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri (Bakti), sebuah gabungan badan-badan amal isteri wakil rakyat BN di peringkat negeri-negeri.

'Hadiah mahal'

Ketika dihubungi Malaysiakini, Haniza berkata, terdapat sumbangan yang perlu disiasat seperti peruntukan membeli pakaian, pakaian sukan dan "hadiah yang mahal-mahal".

Sehubungan itu, katanya, beberapa pegawai tertentu daripada kesemua enam GLC di Selangor akan dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan awam tersebut.

Sekarang Selcat dalam proses menyediakan soalan bagi siasatan itu, kata Haniza (foto kiri), yang juga naib ketua Wanita PKR.

Tambahnya, siasatan itu dijangka diadakan awal tahun depan atau paling lewat sebelum pertengahan 2009.

Haniza menjelaskan, siasatan awal memakan kira-kira lapan bulan kerana Selcat tidak dibenarkan melihat akaun Balkis.

"Jadi, kita terpaksa semak (satu persatu) akaun GLC di seluruh Selangor," katanya.

Mengikut undang-undang pendaftaran pertubuhan, tambah Haniza, hanya penjawat badan itu sahaja dibenarkan mengakses akaun Balkis.

Wakil rakyat itu bagaimanapun menegaskan, Selcat tiada sebarang kuasa pendakwaan jika ada pihak yang didapati bersalah.

"Jika cukup bukti, perkara itu akan dikemukakan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya.


(Petikan: Malaysiakini)

CUBA TELITI LIRIK LAGU DR ASRI INI - APA SILAPNYA HINGGA IA DIGAM RTM??





(Petikan : mStar)

MENGAPA LAGU PUISI DR ASRI DIHARAMKN RTM?

Tiada angin, tiada ribut, tiba-tiba saja 'Aku Bukan Musuh Harta', lagu dari nukilan puisi Dr Asri Zainul Abidin yang juga bekas Mufti Perlis tidak mendapat kelulusan dari pihak RTM untuk siaran.

Hal ini telah dimaklumkan oleh pihak pegawai perhubungan RTM kepada penerbit album Xifu Nasir semalam.

Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' yang dinyanyikan oleh kumpulan Kopratasa difahamkan tidak mendapat kelulusan kerana liriknya.

Xifu berkata, beliau sendiri tidak diberitahu secara khusus dan terperinci kenapa lagu itu tidak lulus.

Lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' hasil nukilan tokoh agama Dr Asri Zainul Abidin khabarnya digam oleh RTM.

"Mereka cuma memberitahu kerana masalah lirik sahaja,"jelas Xifu Nasir.

Menurut beliau, hanya stesen RTM saja yang tidak meluluskan lagu ini sedangkan di stesen lain sudahpun mendapat kelulusan sepenuhnya.

Lagu ini merupakan salah satu dari 8 buah lagu puisi Dr Asri yang dimuatkan di dalam album 'Yang Benar Tetap Benar.'

Selain lagu 'Aku Bukan Musuh Harta', lagu title track 'Yang Benar Tetap Benar' juga masih belum lulus sepenuhnya kerana akan disemak semula disebabkan ahli panel tidak berapa arif tentang perkataan 'makar' yang digunakan dalam puisi tersebut.('Makar' adalah kalimah Arab dari Al Quran).

Album 'Yang Benar Tetap Benar' yang memuatkan 10 puisi nukilan Dr Asri Zainul Abidin.

Ketika dihubungi hari ini, Dr Asri melahirkan rasa kemusykilannya kenapa liriknya digam.

"Saya hairan mengapa lirik saya 'Aku Bukan Musuh Harta' digam oleh pihak berkenaan, sedangkan nilai moral dalamnya tinggi, ia tidak ditujukan kepada pihak tertentu, tetapi untuk sesiapa sahaja yang menyalahgunakan harta rakyat dan awam," jelas beliau dari kediamannya di Lampeter, United Kingdom.

"Dalam negara kita hari ini berbagai parti memiliki kerajaan, lagu tersebut mempunyai pengajaran untuk semua.

"Jangan anda menghalang sesuatu ungkapan umum atau pengajaran am yang akhirnya orang lain akan menuduh bahawa andalah orang khusus dari yang umum atau am itu," kata Dr Asri yang kini berada di UK untuk tempoh setahun bagi cuti sabatikalnya.

Lirik lagu 'Aku Bukan Musuh Harta' tulisan Dr Asri atau Dr MAZA.

Katanya lagi,"Saya menulis lirik itu untuk mengingatkan sesiapa sahaja yang berurusan dengan harta awam dan rakyat. Apa ertinya perjuangan kerajaan menghapuskan rasuah jika lirik seperti itu pun diharamkan."

Dr Asri, bagaimanapun enggan mengulas lebih lanjut tentang kesukaran pihak panel RTM memahami perkataan 'makar' di dalam puisi beliau yang bertajuk 'Yang Benar Tetap Benar' itu.

"Semua pihak tahu bahawa saya bukan orang politik, maka ketika saya menulis lirik saya bebas dari kepentingan kerusi atau kepartian. Mereka silap jika bertindak demikian," kata tokoh agama yang terkenal kerana kelantangannya melontarkan idea tentang apa saja berhubung isu agama, politik, sosial mahupun hiburan.

Lagu-lagu puisi lain yang dimuatkan dalam album yang sudahpun berada di pasaran sejak bulan lepas itu ialah Aku Rela, Biarlah Aku Di Daerah Ini, Derita Hati Seorang Bonda, Islam Di Cina dan Dunia Yang Beredar.

Kesemua lagu telah disampaikan oleh penyanyi Aishah, Kopratasa, Dakmie dan band nasyid pertama di Malaysia iaitu Algebra.

Selain 8 buah lagu ini, album ini juga turut memuatkan puisi yang disampaikan oleh Dr Asri bertajuk, ‘Itulah Politik Namanya’ dan ‘Salah Menduga.’

Gabungan nama-nama besar dalam industri muzik antaranya Dakmie selaku Penerbit, Xifu Nasir, Eddie Marzuki, Adnan Abu Hasan, Zairi Ariffin, Ujang dan lain-lain menjadikan album ini cukup istimewa dan unik.

Album ini juga adalah terbitan dan edaran Nasyeed.Com.

(petikan : mStar)

MAT TAIB : KETUANAN MELAYU TAK WUJUD!!!

Muhammad Taib: Ketuanan Melayu does not exist
Kong See Hoh

KUALA LUMPUR (Dec 15, 2008) :
Umno information chief Tan Sri Muhammad Muhd Taib says ketuanan Melayu (Malay supremacy) is just a catchphrase, and does not exist in real life


He said the crux of the matter is not in the phrase itself but whether the Malays and other bumiputras can make use of what they have learnt and make contributions to the society.

"As long as the Malays/bumiputras can give their best to strive forward and show outstanding results in business and service sectors, or even when working for others, they have succeeded."

Muhammad Taib, who is rural and regional development minister, said this during an interview with Sin Chew Daily carried today, when asked to comment on the much-debated topic.

He said ketuanan Melayu was a phrase coined by some people for purposes best known to themselves.

He reminded those who talked about ketuanan Melayu the whole day, or write and sing about it that at the end of the day it is meaningless no matter how much many times they shout "ketuanan Melayu" if they do nothing to better themselves.

On the fear many people have about the phrase "ketuanan Melayu" as they see it as a symbol of Malay dominance over the other races in the country, Muhammad Taib said it (ketuanan Malayu) has been misinterpreted.

He felt that the so-called "Malay dominance" has nothing to do with ketuanan Melayu or the other races being sub-servant to the Malays.

"If a kampung has only one clinic which is owned by a Malay, and people of all races seek treatment at the clinic, then the Malays have dominance in that kampung.

"Likewise, if the Chinese are the sole provider of (certain) services in an area, and other races patronise their shops, then the Chinese enjoy dominance in that particular area."

Muhammad Taib said what should be noted is that Malays do not have the the vast knowledge and capability to to compete with others, and whatever talk about ketuanan Melayu and Malay dominance is irrelevant.

He admitted that in the past Umno had indeed dominated the Barisan Nasional (BN) but the so-called dominance was used to allow non-Malay candidates to be fielded by Barisan in Malay-majority constituencies and use its influence to urge the Malay voters to accept non-Malay candidates.

However, he said, the situation has changed lately, and Malay-majority seats that were once considered safe (for BN) are no longer so, as people's mindsets have changed, and on top of that, Indian voters are largely unhappy with the government.

On the requests made by Chinese on education and equality, Muhammad Taib felt that they are not unreasonable as they are only trying to defend their rights.

However, he said they must look at the situation while bringing up their requests, as certain things said at the wrong time would offend others.

(PETIKAN : The Sun)

MAT TAIB PULA KATA KETUANAN MELAYU CAKAP-CAKAP KOSONG !!!!

Nuffnang Ads


Ketua Penerangan Gerombolan United Malays National Organisation Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata Ketuanan (Malay supremacy) hanyalah cakap-cakap kosong yang tidak wujud dalam dunia yang nyata.

Apa yang menjadi induknya bukan ayat Ketuanan Melayu tetapi sama ada Melayu dan Bumiputera yang lain boleh memberi khidmat kepada masyarakat melalui apa yang telah mereka pelajari.

“ Selagi orang Melayu/Bumiputera dapat melakukan yang terbaik dan menghasilkan keungggulan dalam bidang perniagaan, bidang perkhidmatan, atau pun semasa bekerja untuk orang lain – ini ertinya mereka berjaya".

Beliau berkata, Ketuanan Melayu ini ‘direka’ oleh setengah orang untuk tujuan yang mereka sahaja mengetahuinya..

(Petikan: The Sun)

kah kah kah….kalau ini dari hati nadinya maka diharapkan susuk ini akan berjaya memenangi kerusi yang ditandinginya pada bulan march akan datang…..

kah kah kah...tapi kalau munkee ini ini cakap macam ni kerana di temui bual oleh akhbar cina…. maka inilah contoh munkee terbaik untuk orang melayu…. kita tunggu…kah kah kah

KETUA POLIS SELANGOR PEMBOHONG!!!

Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit), yang menganjurkan kempen "Rakyat Pengayuh Perpaduan" ke seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran rakyat mengenai isu-isu yang menjejaskan mereka, membidas Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, kerana menuduh badan itu menyalahgunakan kanak-kanak dalam kempen tersebut.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jerit mendakwa Khalid berbohong dan telah mengelirukan rakyat mengenai situasi sebenarnya.

Semalam, ekoran penahanan kira-kira 50 penunggang basikal di Rawang, Khalid memberitahu pihak media bahawa 28 daripada mereka didapati berusia di bawah 18 tahun.

Khalid dilaporkan berkata, polis bertindak menahan kumpulan berbasikal itu bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut daripada dianiaya dan disalahgunakan oleh pihak yang
tidak bertanggungjawab.

Beliau memberitahu media malam tadi, bahawa ketika memberi keterangan, "kanak-kanak tersebut memberitahu mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut."

Beberapa penunggang basikal dan penyelaras Jerit telah ditahan dan disoalsiasat di bawah Akta Polis kerana mengadakan perarakan awam tanpa permit dan di bawah Akta Kanak-kerana kerana didakwa menyalahgunakan kanak-kanak.

Sebaliknya, kata Jerit, kesemua penunggang basikal di bawah umur itu telah mendapatkan kebenaran ibu bapa mereka untuk menyertai kempen tersebut.

(Petikan: Malaysiakini)

Komen putra revolusi : YB, janganlah marah sangat kat Datuk Khalid. Simpatilah dirinya itu. Datuk Khalid tu bukan pembohong, cuma dia bohong sunat...bohong untuk kepentingan perkhidmatan...

Monday, December 15, 2008

BERHIMPUN SALAH, BERBASIKAL PUN SALAH....

RAWANG: Seramai 57 individu termasuk 28 remaja dan kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ditahan polis kerana menyertai kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan' anjuran Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) di sekitar Sungai Choh di sini kira-kira pukul 6 petang semalam.

Turut ditahan adalah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nie daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan anggota Parlimen Sungai Siput, Dr D. Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata penahanan kumpulan berbasikal tersebut terpaksa dibuat bagi menghentikan dan mengelakkan kanak-kanak daripada dieksplotasi oleh pihak tertentu.

"Polis bertindak demikian bagi menyelamatkan kanak-kanak ini daripada dianiya dan disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Sedangkan ketika kanak-kanak tersebut memberi keterangan, mereka memberitahu bahawa mereka tidak tahu menahu mengapa disuruh ikut serta dalam perarakan berbasikal tersebut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Balai Polis Rawang di sini malam tadi.

Beliau berkata polis akan menghubungi ibu bapa kesemua kanak-kanak dan remaja berkenaan supaya meminta mereka membawa pulang anak masing-masing sekaligus menyiasat sama ada kesemua mereka telah mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing atau tidak.

"Kita akan minta ibu bapa untuk membawa pulang kesemua anak-anak mereka yang menyertai kayuhan berbasikal itu untuk pulang semula ke utara," katanya.

Khalid turut memberi amaran keras agar tiada lagi mana-mana pihak selepas ini bertindak membelakangkan dan melanggar undang-undang dengan membuat perhimpunan secara haram.

Katanya pada sesi soal siasat itu juga, Dr. Jeyakumar mengaku sebagai penganjur kempen itu.

Khalid berkata mereka ditahan di bawah Seksyen 32 Akta Kanak-Kanak dan di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana membuat perhimpunan haram.

Tinjauan mendapati kira-kira empat trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkawal di luar bangunan balai bagi mengelak sebarang perkara tidak diingini berlaku.

(Petikan: BERNAMA)

Komen Putra : Dulu berhimpun salah, sekarang berbasikalpun salah? Setiap malam kemerdekaan saya nampak begitu ramai kanak-kanak yg berbasikal sepanjang jalan membawa bendera. Anehnya tidak pernah pula nampak pihak polis menahan mereka dan mereka juga tidak dituduh dieksploit oleh mana-mana pihak.

Atau sekarang ada peraturan baru, berbasikal secara konvoi perlu permit polis? Bagaimana pula agaknya yang berkonvoi dengan motorsikal yang banyak kelihatan di musim perayaan, kena permit polis juga ke?

SUDAH LUPAKAH KITA DENGAN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI DI MAMALI 23 TAHUN YANG LALU?




'Takutilah doa mereka yang Kena - Dzalim, sesungguhnya diantara doa-doa mereka dengan 'Allah tiada sebarang hijab-sekatan.' - (Hadith Riwayat : Bukhari dan Muslim).


SAJAK TERAKHIR USTAZ IBRAHIM LIBYA BERTAJUK PESANAN TERAKHIR

Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku,
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka Diatas tulang-tulangku
Yang hancur luluh,

Nyalakanlah obor buat ummat ini
dan...................

Teruskanlah perjalanan ke Gerbang Jaya.
Saudara!!!!!!!
Kematianku adalah suatu perjalanan
Mendapatkan Kekasih yang sedang merindu
Taman-taman syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burungNYA berkicak riang menyambutku
Bahagialah hidupku di Alam Abadi.

Saudara!!!!!!!!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya.
Janganlah gentar berkelana di alam abadi

Nun!!!!! disana fajar sedang memancar.......................

Lupakah Kita?
Sudah luputkah daya ingatan kita kepada bait-bait sajak di atas? Sudah tidak ada nilai sejarah dan nilai perjuangan sehubungan tarikh diatas? Lupakah kita??????? Sesungguhnya peristiwa "Syuhada' Memali" ini sentiasa saya ingat dan kenangkan sekalipun ianya berlalu menjangkau 23 tahun lamanya.

Kelmarin (16 Zulhijjah 1429-Ahad/14 Disember 2008) sekali pun agat lewat tetapi tidak saya lupakan peristiwa tersebut yang belum selesai ditangani KDN sampai saat ini dinukilkan. Tarikh 19 November 1985 adalah tarikh pembunuhan resmi kerajaan BN/UMNO keatas Ulama' PAS, ahli dan penyokong PAS bersekali dengan 14 anak muridnya di Kampong Memali, Mukim Siong, Daerah Baling Kedah Darul Aman menjadi syahid. UMNO/BN menerusi kroni upahannya yakni Anggota Keselamatan telah menyerang dan melakukan pembunuhan dengan menembak mati dan Syahidnya saorang Ulamak muda iaitu Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya. Peristewa ini dinobat dan dikenali oleh dunia khususnya dikalangan ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS sebagai "Syuhada' Memali". Manakala bait-bait sajak "PESANAN AKHIR" adalah hasil karya besar dihari-hari akhir Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood menulis tinta untuk tatapan kepada kita semua. Dikenang diulit ingat jenerasi demi jenerasi.

Selain Almarhom Ustaz Ibrahim Mahmood Libya yang syahid mengiringi menjadi syuhada' dimakamkan dalam satu liang lehad di Parit Panjang, adalah seramai 13 syuhada' yang lain, iaitu;-

1 - Ash Syahid Abdullah Bin Yasin
2 - Ash syahid Cikgu Shafie Bin Ali
3 - Ash Syahid Zakaria Bin Ahmad
4 - Ash Syahid Hambali Bin Senang
5 - Ash Syahid Abdul Manaf Bin Wadin
6 - Ash Syahid Idris Bin abdul Kadir
7 - Ash Syahid Mohd Daud Bin Abdul Kadir
8 - Ash Shahid Ahmad Bin Ismail
9 - Ash Syahid Haji Abdullah Bin Saman
10 - Ash Syahid Mohd Araf Bin Hashim
11 - Ash Syahid Ghazali Bin Haji Saman
12 - Ash Shahid Zamri @ Sobri Bin Mohd Isa dan
13 - Ash Shahid Ustaz Ahmad Bin Hassan

Semua syuhada'-syuhada' ini dimakamkan didalam satu liang lehat di Parit Panjang disemadi selayaknya sebagai syuhada'. Manakala jenazah yang paling awal dikeluarkan dari kamar mayat Hospital Sungai Petani adalah jenazah Almarhom Ash Syahid Ustaz Ahmad Bin Hasaan dibawa pulang dengan keadaan yang tergesa-gesa oleh waris dan kelurganya dimakamkan di kampong kelahirannya Tanjung Bedil, Alor Setar. Al-fatihah utk mereka:

بِسۡÙ…ِ ٱللهِ ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ (Ù¡)
ٱلۡØ­َÙ…ۡدُ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ ٱلۡعَÙ€ٰÙ„َÙ…ِينَ (Ù¢) ٱلرَّØ­ۡÙ…َÙ€ٰÙ†ِ ٱلرَّØ­ِيمِ
(Ù£) Ù…َÙ€ٰÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆۡÙ…ِ ٱلدِّينِ (Ù¤) Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعۡبُدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسۡتَعِينُ
(Ù¥) ٱهۡدِÙ†َا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡÙ…ُسۡتَÙ‚ِيمَ (Ù¦)
صِرَٲطَ ٱلَّØ°ِينَ Ø£َÙ†ۡعَÙ…ۡتَ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ غَÙŠۡرِ ٱلۡÙ…َغۡضُوبِ عَÙ„َÙŠۡÙ‡ِÙ…ۡ ÙˆَÙ„َا ٱلضَّآÙ„ِّينَ (Ù§)

Kenapa jenazah-jenazah mereka tidak ditempat dan dikuburkan di kariah mereka dikampung Memali? Kampung Memali ketika itu adalah diperentah berajakan Polis dan tentera dengan tandu dalangnya adalah UMNO/BN yang mendesak setiap kali mereka mengadakan Persidangan UMNO perengkat pusat di KL agar tindakan diambil keatas Ustaz Ibrahim Libya, kerana usaha-usahanya ketika itu mengancam dan membahayakan kepada UMNO. Memali berada didalam dharurat, perentah berkurung (curfew) 24 dijalankan dipersekitaran kampong Memali dan kampong persekitaran dengannya. Maka keputusan resmi dari PAS mereka syuhad' ini, ditempatkan jenazahnya di Kubur Panjang.

Beberapa bulan selepas syuhada' dimakamkan di makam Kubur Panjang, kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah telah sudi mencemarkan Duli Tuanku menziarahi dan menabur bunga rampai dan merenjis air mawar dipusara syuhada-syuhada' tersebut diiringi oleh Almarhom PSJ PAS Ustaz Fadzil Nor, Almarhom TG Pak Ya Joned, Almarhom TG Ustaz Azahari dan ribuan ahli-ahli PAS dan penyokong yang lain mengiringi Tuanku. Justeru Tuanku Al Sultan secara resminya menafikan tuduhan yang dihala tuduhkankan oleh Kerajaan BN-UMNO keatas hamba rakyat Tuanku. Alhamdulillah. Masakan pendurhaka kepada agama dan negeri akan dilawati dan Tuanku Sultan mencemar Duli menziarah?

Statistik, Pembunuhan Memali.
Meninggal dikalangan Polis - 4 orang
Syuhada' Orang Awam - 14 orang
Mengalami kecederaan - Orang Awam - 20 orang
Mengalami kecederaan - Polis - 9 orang

Serentak dengan pembunuhan orang-orang awam yang ditangkap ketika itu adalah :-
Orang awam lelai - 118 orang
Orang awam perempuan - 29 orang
Kanak-kanak (11 tahun keatas) - 12

JUMLAH yang ditangkap adalah 159 orang mangsa. Banyak rampasan dan khazanah milik Ustaz Ibrahim termasuk wangnya sampai kini tidak dikembalikan. Hatta perbicaraan keatas mangsa-mangsa Memali yang masih hidup ditangkap dahulu, perbicaraan mereka tidak selesai sekalipun ianya telah mencapai masa lebih 23 tahun.


Sebaik peristiwa pembunuhan tersebut meletus, maka semua saluran media, khususnya RTM, TV dan akhbar perdana yang dikuasai UMNO/BN menabur cambahkan bibit fitnah, hasutan dan tuduhan agar rakyat jelata khusus dan khasnya rakyat Negeri Kedah Darul Aman agar bersama-sama bersekongkol menerima, akur dan menghalalkan pembunuhan beramai-ramai di kampong Memali tersebut. Mereka mendakwa pembunuhan ini puncanya adalah dari sentimen kepartian yang bermotifkan politik sempit. Mereka yang bersorak gembira dengan pembunuhan beramai-ramai itu adalah dikalangan ahli UMNO dan penyokong-penyokongnya. Manakala ahli PAS serta penyokong-penyokongnya pula bersedih dengan peristiwa itu.

Tokoh-tokoh negara UMNO-BN dan Kerajaan yang terlibat dalam tragedi itu ialah Datuk Musa Hitam sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri manakala timbalannya adalah Radzi Sheik Ahmad (bekas Setiausaha Agung UMNO). Dalam masa yang sama Musa Hitam mempunyai hubungan yang erat dengan manusia yang berpengalaman dalam membunuh Ulama' dan anak-anak muridnya di Tanjung Periok Indonesia iaitu Panglima Angkatan Tentera Indonesia ketika itu iaitu Jenderal Beni Murdani.

Manakala pelaku-pelaku lain dalam pembunuhan itu adalah menteri penerangan ketika itu Rais Yatim. Perdana Menteri adalah Dr Mahathir Mohamed yang bersikap acuh tak acuh dan menyindir apabila wartawan menanya beliau sebaik kembali dari luar negara, "Apa Syahid???? Mana ada Syahid!!!!!!!!!!", kata Dr Mahathir.

(petikan bebas dari KedahLanie)

TOLONG PIKIAQ SAT : RM540,000 DENGAN RM2.5 JUTA, MANA LEBIH BESAR?

Kalau korang bandingkan RM2.7 juta dengan RM1.8 juta, memang lah nilai RM2.7 lebih tinggi. Apa itu RM2.7 juta? Itu adalah jumlah kos belian kenderaan berjenama Camry yang akan di beli oleh Kerajaan Negeri Perak tanpa tolak cukai. Rujuk SINI

Wah pandai anak murid cikgu. Tahniah ... esok boleh beli gula gula. Wakakaka
Ok ....... kita anggarkan, kenderaan Camry tu akan di gunakan untuk 5 tahun atau lebih.

Sekiranya kereta itu di gunakan di dalam tempoh 5 tahun, kita bahagikan jumlah tersebut dengan jumlah tahun, maka kita dapat belanja kos belian menjadi RM540,000 setahun.

RM540,000 setahun kita bandingkan dengan RM2.5 juta setahun, mana banyak?

Tentulah RM2.5 juta itu lebih banyak dan tahu kah anda apa yang di maksudkan dengan RM2.5 juta itu? Ia adalah kos senggara rumah Pak Lah di putra jaya. KLIK SINI.

Itu baru kos senggara rumah, belum yang lain lain lagi. So ... .apa lah nilai RM2.7 juta itu berbanding dengan belanja yang korang keluar untuk rumah pak Lah ... wakakakak ...
Soal patriotik pulak ... cuba bandingkan dengan Kereta kerajaan Negeri Sarawak. Rolls royce, bmw, jaguar dan macam macam lagi. Uhhhh ... patriotik sungguh kerajaan Sarawak.

Weyyyy ... .sudah la jangan bodohkan rakyat sampai cam tu. Korang jealous ke? Kalau tak jealous, korang jangan pakai kereta luar. Beli lah kereta Proton. Kitorang tak kesah pun.

Cuma kalau nak patriotik ... suruh menteri jual kereta mewah diorang dan ganti dengan kereta Proton. Mahu ke dak?

Soal patriotik tak ada kaitan antara duit sendiri atau kerajaan, ia adalah jenama barangan itu sendiri. Kalau duit sendiri pun kalau beli kereta luar, dikira tak patriotik jugak ... wakakakak

(petikan : KedahLanie)

KENYATAAN MEDIA DSAI MENGENAI SURUHNJAYA PENCEGAHAN RASUAH

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGARA—

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 15 DISEMBER 2008

Rasuah merupakan jenayah yang paling merbahaya kepada masyarakat dan negara ini. Ianya umpama wabak yang menghancurkan negara dan harapan rakyat keseluruhannya.

Selaku Timbalan Perdana Menteri, ketika perbahasan Akta Pencegahan Rasuah 1997 di antara lainnya saya ada menyebut, “Gerakan membanteras rasuah di Malaysia harus dilihat secara positif. Ia bukan agenda politik tetapi ia adalah agenda pembangunan bangsa kerana rasuah merupakan kuman yang boleh merosakkan pemerintahan dan negara. Rakyat menyedari rasuah merupakan hambatan-hambatan utama bagi kemakmuran negara.”

Kerajaan BN tidak boleh lagi berada dalam keadaan penafian. Berhadapan dengan krisis ekonomi sejagat, seharusnya membuatkan kita lebih peka dan bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara ini serta menjamin kebajikan rakyat.

Negara ini tidak mampu lagi menanggung skandal salah urus tadbir dan ketidak telusan di dalam menjalankan urusan yang melibatkan dana awam. Saya percaya ahli-ahli parlimen sekalian, melewati sempadan kepartian, pastinya bersetuju inilah masanya untuk bertindak. Kita tidak boleh berdolak dalih lagi untuk membuat keputusan.

Adalah diharapkan pembentangan rang undang-undang ini bukanlah sekadar untuk meredakan persepsi negatif orang ramai atau pelabur tetapi sebagai usaha murni kearah membanteras rasuah habis-habisan dari peringkat tertinggi kerajaan hinggalah ke akar umbi masyarakat.

Walaubagaimanapun sekiranya perlantikan Ketua Suruhanjaya, menurut seksyen 5(1) dan seksyen 5(3) serta Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berasaskan seksyen 13(2)(a), masih di atas nasihat Perdana Menteri, makanya harapan agar sebuah suruhanjaya yang telus dan bebas ditubuhkan tidak akan terlaksana. Bagi memastikan Suruhanjaya tersebut bebas, ahli-ahlinya mestilah dilantik oleh Jawatankuasa Khas Parlimen agar calon yang paling layak sahaja dilantik, bukan sahaja dari segi teknikal tetapi juga bersih dari tuduhan dan celaan.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT

Sunday, December 14, 2008

KISAH SEORANG SUAMI DAYUS DAN ISTERI MACAM J.....


Penduduk Kuala Terengganu diberi peluang sekali lagi untuk membuktikan bahawa mereka telah tersilap pilih wakil parlimen.

Sekiranya mereka masih memilih UMNO/BN dalam pilihanraya kecil Jan ini, maka jelas penduduk Terengganu menolak kepimpinan Islam. Memilih UMNO/BN bererti mengizinkan kemudaratan terhadap agama Islam berleluasa.

Hanya suami bacul yang mengizinkan bininya memeluk dan dipeluk serta berciuman dengan lelaki lain. Perangai sumbang, sundal, jalang dan sial yang dilakukan oleh Rosmah a/p Mansor. Apakah pemimpin seperti ini yang diharapkan untuk menegakkan kesucian dan keagongan Agama Islam di bumi Malaysia ini?

(petikan: kerajaanrakyat)

PR PERAK UMPAMA TITISAN EMBUN DI PAGI NYAMAN......

PAS yang menerajui pemerintahan menganggap kerajaan Pakatan Rakyat Perak sebagai 'embun pagi' yang menyejukkan, yang menerima amanah untuk membela nasib 2.4 juta rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.






Pengerusi Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan negeri, Haji Mohd Zainuddin Mohd Yusof berkata, apabila Pakatan Rakyat berada di atas sebagai payung, pemerintahan, ia ibarat 'embun pagi' yang menjadi penyejuk kepada seluruh rakyat.

Katanya, Pakatan Rakyat, khususnya PAS ketika sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu, bercakap dengan nada sebagai pembangkang, tetapi selepas itu nada PAS berbeza kerana PAS telah menjadi pemerintah.

"Bila kita berada di atas menjadi payung kepada rakyat sebagai pemerintah, kita datang seperti embun pagi.

"Kita ibarat embun pagi yang menjadi penyejuk kepada seluruh rakyat," katanya ketika berucap sempena majlis sambutan Aidiladha Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (Dun) Kenering di Dewan Millenium Lawin dekat sini baru-baru ini.

Majlis dihadiri hampir 1,000 penduduk dalam kawasan Parlimen Lenggong itu turut diisi dengan acara penyampaian bantuan kepada 237 penerima dari kalangan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.

Pada sebelah paginya program korban dua ekor lembu dilaksanakan sempena Aidiladha, manakala makan malam untuk majlis itu diadakan di Masjid Lawin.

Hadir sama Yang Dipertua PAS Kawasan Lenggong yang juga Penyelia Dun Kenering, Ustaz Shukri Ahmad, bekas calon Parlimen Lenggong, Ustaz Zulkifli Zakaria dan Ketua Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS kawasan, Ustaz Mohd Hanafiah Idris.

Mohd Zainuddin berkata, sebagai payung yang bersifat embun pagi, walaupun PAS hanya menang enam kerusi, tetapi menerajui kerajaan Pakatan Rakyat Perak, PAS akan membela nasib seluruh rakyat.

Katanya, selama 50 tahun Barisan Nasional (BN) yang diterajui Umno memerintah negeri, selain PAS dan ahli-ahlinya ditindas, rakyat juga tidak mendapat pembelaan sepenuhnya.

Sepatutnya selama 50 tahun memerintah, katanya tidak ada lagi isu rakyat tidak ada tanah, tetapi apa yang berlaku masih banyak yang belum memiliki lot tapak rumah, jangankan untuk memiliki tanah.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lubuk Merbau, berkata PAS yang menerajui kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak, akan meneruskan agenda pemerintahan negeri berkebajikan dengan berteraskan lima perkara.

"Kita akan meneruskan agenda pemerintahan negeri berkebajikan dengan melaksanakan lima teras, iaitu menjaga agama, menjaga nyawa, menjaga akal, menjaga maruah dan menjaga harta benda," katanya.

Beliau berkata, kelima-lima teras itu selaras dengan kehendak Islam sebagai agama rasmi persekutuan seperti termaktub dalam perlembagaan negara.

(Petikan: harakahdaily)

Saturday, December 13, 2008

SEWA KEDIAMAN PM RM11,500 SEHARI!!

RM6.89 juta: percaya atau tidak itulah jumlah yang kerajaan Pusat bayar kepada Putrajaya Holdings bagi menyewa Seri Perdana dan Seri Satria iaitu kediaman resmi PM dan TPM kita.

Seri Perdana disewa pada kadar RM4.15 juta setahun ataupun RM345, 833.33 sebulan atau RM11,527.77 sehari! Manakala Seri Satria pula RM2.74 juta setahun ataupun RM228 333.33 sebulan atau RM7,611.11 sehari!

Rumah YAB TG Nik Aziz.



Angka berkenaan dimaklumkan dalam Dewan Rakyat semalam.

Manakala kos penyelenggaraan Seri Perdana sahaja adalah RM1.89 juta setahun bersamaan RM158 051.40 sebulan atau RM5 268.38 sehari. Dan Seri Satria RM1.13 juta setahun bersamaan RM94, 156 sebulan atau RM 3 138.53 sehari!

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71. Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita. Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.
Rumah YB TG Haji Hadi


Dalam pada itu rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya. Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita.

(Petikan: tranungkite)

Komen putra revolusi : terima kasih Pak Lah dan Najib yg selalu mengingatkan rakyat Malaysia utk hidup berhemat, berjimat cermat dan tidak boros ketika zaman sukar ini. Anda berdua telah menunjukkan teladan terbaik kepada rakyat bagaimana untuk hidup secara berjimat cermat dengan tinggal di mahligai dengan kos sewa dan penyelenggaraan seharinya yang sungguh hebat itu. Bravo Pak Lah, bravo Najib!!!

MAHATHIR PERLEKEH NAJIB LAGI!!

Kalau dahulu tindakan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membentang pakej ransangan ekonomi bernilai RM7 bilion dianggap menghina Parlimen, Jumaat lalu Tun Dr Mahathir Mohamad pula meremehkan pakej tersebut.






Malaysian Insider melaporkan, bekas Perdana Menteri menolak pakej rangsangan RM7 bilion itu sambil berkata, dengan membelanjakan beberapa bilion ringgit sahaja tidak akan membawa kesan dalam menghadapi kelembapan ekonomi.

Kenyataan itu dilihat sebagai memperlekehkan kebolehan Najib untuk menghadapi krisis ekonomi.

Kepada Dr Mahathir, pakej RM7 bilion Najib itu tidak seberapa dan tidak mencukupi untuk menangani masalah-masalah yang akan dihadapi negara ini.

Sebelum ini, beliau yang menyifatkan Najib tidak cekap menyatakan ketidakyakinannya kepada kemampuan Najib menghadapi cabaran berikutan kemelesetan ekonomi global

"Saya tidak yakin (bakal Presiden Amerika Syarikat, Barack) Obama (mampu kemelesetan ekonomi global), dan bagaimana pula Najib? Kerana ini terlalu besar untuk Najib. Terlalu besar untuk Obama," kata bekas Perdana Menteri.

Bukan sekadar dalam bidang ekonomi, malah dalam bidang politik pun Dr Mahathir tidak yakin kepada Najib yang disifatkannya tidak menunjukkan sebarang kekuatan dalam bidang politik.

Najib juga, katanya, lebih bersifat seorang pengikut dari seorang pemimpin.

Beliau berkata demikian dalam temubual khas dengan Riz Khan dari stesen TV Al-Jazeera.

Pandangan tersebut adalah lanjutan dari pelbagai pandangan negatif bekas Perdana Menteri itu terhadap Najib yang dijangka akan menjadi Perdana Menteri tidak lama selepas beliau disahkan sebagai Presiden Umno Mac ini.

Sebelum ini, Dr Mahathir menyatakan beliau tidak yakin peralihan kuasa di dalam Umno akan memulihkan parti itu.

Beliau tidak yakin gejala rasuah dan politik wang dalam Umno dapat dibendung meskipun Najib Tun Razak bakal menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang," katanya.

Bekas Presiden Umno itu berkata, gejala itu agak sukar dikawal kerana rasuah telah menjadi satu budaya di kalangan ahli-ahli Umno yang mahukan sesuatu jawatan terutamanya menjelang perhimpunan Agung Umno pada Mac depan.

Dr Mahathir juga menganggap peralihan kuasa adalah sia-sia apabila Najib menyatakan beliau mahu meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"Najib menyatakan bahawa beliau akan meneruskan Islam Hadhari. Ini bukan petanda yang baik kerana ia menunjukkan peralihan yang berlaku hanya peralihan bentuk tubuh badan sahaja, bukan polisi-polisi.

"Para pengundi tidak suka polisi-polisi yang dibawa oleh Abdullah, oleh itu mereka akan terus menolak Umno. Oleh itu, peralihan itu sia-sia sahaja," The Star memetik beliau berkata.

Dr Mahathir bukan sahaja berkali-kali menyatakan ketidakyakinannya kepada Najib, malah beliau menyifatkan bakal pewaris takhta Umno itu sebagai Timbalan Perdana Menteri yang tidak cekap kerana tidak mempunyai pendirian sendiri dan sering mengikut kata Perdana Menteri.

Malaysiakini pernah melaporkan Dr Mahathir menganggap Najib "lemah dan pengecut". Dari pendedahan Dr Mahathir juga, Malaysiakini melaporkan Najib dibayangi "budak-budak Tingkat Empat (Jabatan Perdana Menteri)".

(Petikan Harakahdaily)

Wednesday, December 10, 2008

KENAPA PERLU ADA DOUBLE STANDARD ANTARA MANGSA TANAH RUNTUH BKT ANTARABANGSA DAN MANGSA BENCANA ALAM LAIN?

oleh Sukj

"Jika sebelum ini penduduk-penduduk Bukit Antarabangsa hidup mereka pada pukul 12, kini hidup mereka pada pukul 6."

[Topik Asal]

Tidak dinafikan penduduk-penduduk yang terlibat dengan ancaman tanah runtuh di Bukit Antarabangsa diperhatikan telah diberi layanan 'double standard' oleh pihak kerajaan.

Sedangkan banyak kejadian lain seperti bencana banjir yang dirasai oleh rakyat yang lebih susah hidup mereka di negeri tertentu, tidak mendapat layanan VIP seperti mana yang diterima oleh penduduk Bkt Antarabangsa.

Kita ikuti pendapat oleh seorang pengkritik yang saya terbaca dalam sebuah blog yang berkenaan:

" Menteri Perdagangan Dan Industri, Datuk Seri Muhyiddin Yassin dalam kenyataannya berkata, kerajaan sedang menimbang untuk memberikan bilik hotel percuma kepada penduduk di Bukit Antarabangsa yang bercadang hendak berpindah daripada kediaman mereka dan tidak mempunyai kawan dan sanak saudara untuk tinggal."

Sejak bilakah layanan kelas pertama ini diberikan kepada golongan orang-orang kaya ini. Bukankah seluruh Malaysia sekarang sedang mengalami musim banjir dan ramai lagi yang kehilangan harta benda dan tiada tempat untuk tinggal.

Kenapa tiada layanan dan janji yang sama untuk memperuntukkan biliik-bilik hotel kepada mereka. Kenapakah ada layanan 'double standard'? untuk golongan-golongan yang kaya sahaja? Bukankah golongan-golongan banjir ini juga rakyat Malaysia, pembayar cukai dan turut menyumbang untuk pembangunan negara?

Malah di dalam laporan berita semalam, dipaparkan nasi-nasi bungkus yang masih elok dibuang di kawasan penempatan. Soalan saya, adakah orang-orang kaya ini tidak betah makan nasi bungkus walaupun di masa darurat?

Oh ya, saya lupa. Inilah peraturan dunia. Jika perkara ini berlaku kepada rakyat biasa, tiada siapa yang ambil perduli. Sekiranya ini berlaku kepada orang-orang kaya, Sultan turun padang, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri turut turun padang. Inikah yang kita katakan prihatin???"

(Petikan KedahLanie)

TANAH RUNTUH DI BKT ANTARABANGSA - SALAH KHIR TOYO?

SHAH ALAM – Kerajaan pimpinan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo perlu bertanggungjawab terhadap kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa kerana telah meluluskan banyak projek pembangunan lereng bukit, walaupun terdapat bantahan daripada rakyat dan aktivis bumi hijau.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan kelmarin berkata, kejadian yang menyebabkan 14 rumah tertimbus dan mengorbankan empat orang terbunuh termasuk seorang bayi berusia dua bulan dua bulan serta mencederakan 15 yang lain itu bukan hanya kerana hujan lebat dan saliran yang tidak baik sahaja.

“Pimpinan kerajaan terdahulu perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku hari ini kerana mereka telah meluluskan banyak projek pembangunan lereng bukit.

“Tragedi dahsyat Highland Tower yang mengorbankan 48 nyawa masih tidak dijadikan iktibar oleh kerajaan di bawah pimpinan Dr Khir yang meluluskan projek-projek perumahan lereng bukit yang berisiko," katanya.

Walaupun memuji keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk menghentikan semua projek-projek lereng bukit, tetapi Charles menganggap ia sudah terlambat kerana telah banyak kes tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dan kawasan sekitarnya.

“Saya juga ingin menarik perhatian pihak berkuasa kepada pembangunan Bukit Gasing yang dikecam penduduk setempat yang bimbangkan hakisan tanah.

“Apa yang saya faham, penduduk akan membawa kes tersebut ke mahkamah bagi mengkaji semula projek," katanya.

Dalam masa yang sama, Charles mengecam pihak berkuasa yang tidak mengambil perhatian serius terhadap kejadian yang berlaku seminggu lalu di Hulu Yam apabila dua beradik yang sedang tidur terbunuh akibat runtuhan dan selepas dua kejadian yang sama di Kuala Lumpur.

Beliau turut menggesa Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil tindakan tegas menentang pihak pemaju yang berkeras memohon membangunkan projek-projek lereng bukit.

“Kerajaan perlu menggunakan sepasukan pakar termasuk ahli-ahli geologi untuk memeriksa semua kondominium-kondominium di Bukit Antarabangsa dan lereng-lereng bukit yang lain untuk mencegah kejadian seumpamanya berulang.

“Sejajar dengan janji Pakatan Rakyat, saya mengalu-alukan larangan kerajaan Selangor terhadap pembangunan di lereng-lereng bukit yang lebih daripada 25 darjah kecerunan,” katanya.

Dalam kenyataannya juga, beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa.

(Petikan Sinar Harian)

HINA BAHASA MELAYU - BILA SEMUT DI SEBERANG JALAN NAMPAK, GAJAH DIDEPAN MATA TAK NAMPAK!!!

MASALAH papan tanda pelbagai bahasa di George Town, Pulau Pinang belum selesai, kini Perak pula mahu memanaskan lagi isu ini.

Walau apa pun hujah mengenai cadangan untuk menggantikan papan tanda jalan yang sedia ada dengan papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka, Ipoh, ia tidak patut dilaksanakan.

Bermula dengan usaha yang boleh dianggap penghinaan terhadap bahasa kebangsaan, ditakuti ia akan mengotak-katikkan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan pusat.

Penggunaan papan tanda pelbagai bahasa dan tulisan perlu dihentikan. Kita perlu mencari jalan penyelesaian supaya tidak diketawakan oleh generasi cucu cicit kita nanti.

Melihat perkembangan yang semakin tidak sihat ini, maka Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1967 patut dipinda dan dibentangkan di Parlimen dalam kadar segera.
Ini kerana terdapat kelemahan dalam Akta itu hingga menyebabkan DBP tidak mempunyai 'taring' dan kuasa undang-undang dalam soal bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

DBP yang diletakkan tanggungjawab memartabatkan bahasa kebangsaan tidak dapat bertindak ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang yang menggunakan pelbagai bahasa untuk papan tanda jalan di negeri tersebut.


kah kah kah…. tukarlaaah dulu nama UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION … ini bukan dalam bahasa melayu…. cakap nak berjuang untuk melayu…. nama gerombolan pun tak pakai nama melayu…. kah kah kah…

kah kah kah… asik asik nama jalan…. asik asik hina bahasa melayu … kah kah kah

kah kah kah…. tak kan tak nampak berselirat iklan besar besar dalam bahasa inggeris… tak kan mata rabun… janganlaa buat tak sedar…kah kah kah…

…depan pejabat dewan bahasa dan petaka tu ada iklan dalam bahasa inggeris … terpampang… tak kan tak nampak….

..depan angkasapuri ada berselirat iklan dalam bahasa inggeris… tak kan tak nampak…

… sepanjang lebuh raya perseketuan ada banyak iklan dalam bahasa inggeris… lebih besar dari nama jalan…. tak kan mata rabun….

kah kah kah….itu pasal orang cakap ZINA ZAIN DI HUJUNG LAUT NAMPAK….
BIK MAMA ATAS KATIL TAK NAMPAK…..
kah kah kah…

(Petikan : Tukartiub)

YAZID BEBAS, TAPI MASIH ADA 46 TAHANAN ISA, KEBANYAKANNYA ANGGOTA JAMAAH ISLAMIAH/DARUL ISLAM

KUALA LUMPUR: Suspek 'pengganas' kumpulan Jemaah Islamiah, Yazid Sufaat yang didakwa memberi perlindungan di negara ini kepada beberapa pengganas terlibat dalam serangan 11 September telah dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, Yazid, 44, telah dibebaskan bersama seorang lagi rakyat Malaysia 24 November lalu.

"Kami membebaskan dia memandangkan dia memperlihatkan 'rasa kesal' selepas hampir tujuh tahun berada dalam proses pemulihan.

"Dia dibebaskan dengan beberapa syarat. Dia kena melaporkan kepada polis dari semasa ke semasa dan tidak boleh meninggalkan Selangor tanpa kebenasan polis," kata beliau kepada The Star.

Kata beliau, polis akan memantau Yazid dan beberapa anggota lain yang telah dibebaskan bagi memastikan mereka tidak kembali ke kegiatan lama.

Difahamkan kerajaan telah membebaskan 17 anggota Jemaah Islamiah termasuk lapan rakyat Indonesia.

Yazid, graduan biokimia dari sebuah universiti di Amerika Syarikat telah ditahan Januari 2002.

Dia dikatakan telah membenarkan rumahnya digunakan awal 2000 sebagai tempat mesyuarat bagi anggota Al-Qaeda merancang serangan 11 September di AS.

Dua daripada anggota berkenaan dikenali sebagai Khalid al-Midhar dan Nawaf al-Hazmi yang menaiki pesawat yang merempuh Pentagon di Washington.

Isteri Yazid, Sejahtul Dursina @ Chomel Mohamad, pengarah syarikat teknologi maklumat di Ampang, juga ditahan di bawah ISA.

Sejahtul, graduan California State University ditahan 17 April 2002 tetapi dibebaskan 13 Jun 2002.

Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, enam tahanan ISA termasuk dua anggota kumpulan militan Jemaah Islamiyah (JI) dibebaskan baru-baru ini.

Beliau berkata, mereka dibebaskan kerana didapati tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

Katanya, lima orang dibebaskan 4 Disember lepas iaitu dua warga Thailand yang merupakan anggota kumpulan pemisah dan tiga rakyat Malaysia termasuk seorang anggota JI.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Yazid Sufaat yang juga kumpulan JI dibebaskan bulan lepas, kata Syed Hamid.

"Kerajaan bersikap, kalau tahanan tidak menjadi ancaman kepada masyarakat, dia akan dibebaskan selepas dipulihkan dan seterusnya boleh dikembalikan kepada masyarakat," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Syed Hamid berkata, sejak mula memegang jawatan di kementeriannya, terdapat 75 orang tahanan ISA dan sehingga kini jumlah itu sudah menurun kepada 46 orang.

Katanya, daripada jumlah tersebut, 16 adalah dari kumpulan militan JI, 13 orang dari kumpulan Darul Islam, 10 orang kerana terlibat dalam pemalsuan dokumen kad pengenalan dan pasport, lima anggota kumpulan diharamkan Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan dua individu yang bekerja dengan agensi perisikan asing.

(Petikan mStar)

Saturday, December 6, 2008

ADUHAI DR ZETI, TERINGIN SEKALI MENDENGAR BICARAMU DALAM BAHASA MELAYU!!!

Seringkali bila menatap siaran berita di TV terutama berkaitan ekonomi negara, pihak media akan meminta ulasan daripada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz. Saya selalu rasa tertarik apabila wajah beliau muncul di TV, bukan sahaja kerana keunikan suaranya yang seakan-akan seperti ingin menangis itu, tetapi kelancarannya berbahasa Inggeris. Beliau terlalu lancar berbahasa Inggeris sehingga hendak mendengar sepatah perkataan Bahasa Melayu terselit dari bibirnya pun kelihatan sukar benar. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan saya belum sekalipun pernah mendengar beliau berbicara di dalam Bahasa Melayu! Mungkin beliau pernah berbicara di hadapan media dalam Bahasa Melayu, malangnya saya tidak berkesempatan menatapnya. Hendak dikatakan terma ekonomi itu sukar diungkapkan dalam Bahasa Melayu tidak juga, kerana gabenur-gabenur BNM terdahulu boleh berbicara di dalam Bahasa Melayu, sekurang-kurangnya bahasa rojak Inggeris campur Melayu.

Yang anehnya mengenai Gabenur BNM yang seorang ini ialah beliau adalah anak kepda 2 orang budayawan Melayu yang begitu tersohor. Ayahnya ialah Prof Diraja Ungku Aziz yang bukan sahaja merupakan pakar ekonomi dan sentiasa dikenang sejarah sebagai pencetus ide penubuhan Tabung Haji tetapi beliau juga adalah seorang budayawan Melayu yang hebat dengan tahap penguasaan Bahasa Melayunya yang amat baik. Ibunya pula ialah Azah Aziz yang juga adalah budayawan, penulis dan sasterawan yang pernah mengeluarkan pelbagai buku termasuk mengenai bahasa dan kebudayaan Melayu.

Dengan latar belakang budaya Melayu beliau yang begitu cemerlang dari darah ibu bapanya saya agak terperanjat apabila Tan Sri Zeti enggan mengucapkan Bahasa Melayu setiapkali muncul di depan media. Mungkin juga beliau tidak begitu lancar berbahasa Melayu kerana latar belakang pendidikannya yang begitu lama berada di luar negeri. Atau mungkin ada sebab-sebab lain yang hanya beliau sahaja mengetahuinya. Apa pun alasannya sebagai orang Melayu beliau perlu sekali sekala menonjolkan jati diri Melayunya dengan cuba berbahasa Melayu. Sekali sekala lebih baik dari enggan berbahasa Melayu langsung di negara yang telah mengiktiraf bahasa itu sebagai Bajhasa Kebangsaan negara ini.

Oleh putra revolusi

PRESIDEN PAS CADANGKAN PAK LAH TERUS BERKUASA, APA PULA KATA PEMIMPIN BN/PR LAIN?

Presiden PAS mencadangkan agar Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menjalankan tugas-tugasnya sebagai Perdana Menteri walaupun melampaui tarikh penyerahan kuasa yang disepakati dalam Umno iaitu pada bulan Mac 2009 nanti.
Iklan




Ini kerana menurut Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd. Hadi Awang, beberapa perkara besar yang melibatkan pentadbiran negara termasuklah sebahagiannya yang merupakan janji Abdullah kepada rakyat Malaysia amnya masih belum tertunai.

"Penubuhan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia, umpamanya masih di peringkat rang undang-undang dan berkemungkinan akan mengambil masa dan belum dapat dilaksanakan sepenuhnya.

"Begitu juga dengan Suruhanjaya Kehakiman yang sepatutnya mengembalikan kewibawaan badan kehakiman, masih belum terlaksana," katanya yang dipetik daripada satu kenyataan media kepada Harakahdaily semalam.

Ustaz Hadi turut merasakan Abdullah wajar menyelesaikan beberapa tuntutuan ke arah penambahbaikan urusan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang masih diragui oleh rakyat Malaysia sehingga kini.

"Biarlah segala ketempangan dan kepincangan badan yang sepatutnya menguruskan proses pilihan raya dalam negara ini secara telus, dirawat dan diperbaiki sebelum beliau melepaskan jawatannya,"katanya yang juga Ahli Parlimen Marang.

Oleh itu katanya, demi memberi peluang kepada Abdullah bersara dalam keadaan yang baik, maka PAS menyeru agar beliau diberikan masa untuk menyelesaikan tugas-tugas besar ini dan tidak harus melepaskan jawatannya pada bulan Mac 2009 nanti selagi tugas-tugas berkenaan tidak selesai sepenuhnya.

Ustaz Hadi kini berada di Tanah Suci Mekah kerana menunaikan ibadat Haji dan merakamkan ucapan Hari Raya Eidul Adha kepada umat Islam Di Malaysia.

"Saya mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua umat Islam khasnya di Malaysia dan menyeru agar mereka menghayati falsafah Hari Raya Korban agar dapat dilaksanakan dalam kehidupan seharian," katanya.

BERITA YG MENYEBABKAN KITA RAGU-RAGU NAK MAKAN DI HOTEL

HALALKAH MAKANAN DIHOTEL?

oleh Dr M. Hayati


Hidup kena makan. Makan untuk hidup, tapi ada orang menjadikan hidup untuk makan. Itulah yang menyebabkan ada orang kita yang mengaku Islam tetapi dia hentam apa saja yang boleh asalkan kenyanag perut sudah.

Dalam jawapan kepada soalan YB Rantau Panjang hari Khamis lalu, Senator Mashitah bekas YB Baling dulu menjawab, saperti berikut, ada ubah jadi kenyataan bukan verbatim dari jawapan beliau.

Dalam penjelasan tadi Mashitah Dalam penjelasan tadi Mashitah memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.memberi tahu Parlimen daripada 2,360 hotel hanya 18 buah saja yang mendapat sijil halal daripada Perbadanan Kemajuan Islam (HDC). Ini bermakna tidak sampai 1 peratus atau hanya 0.76 peratus saja yang mendapat sijil halal. Bayangkan betapa umat Islam negara ini yang berkunjung ke hotel terdedah dengan memakan makanan yang tidak halal.

Dalam persoalan HDC ni, ana dah sentuh dalam pertanyaan kepada PM tempoh ari, menteri di JPM jawab hanya 5 negeri yang beri hak kepada HDC untuk anugerah logo halal, yang lain belum lagi. Kerana hak logo halal ni hanya MAIN saja yang layak beri dan diturunkan kepada JAKIM tetapi tak semena-mena dapat pula kepada HDC. Ana tak athulah samada halal yang HDC bagi tu mendapat restu MAIN atu tidak, tetapi daripada jawapan menteri dari cameron highland hari tu macam tak saja.

Tak ke risau hati kita mendengar nya tuh.??

Berapa ramai diantara kita yang menginap dan makan minum dihotel dalam negara kita jika ada urusan jauh dari rumah.

Antara alasan yang beliau berikan adalah tidak ada akta memaksa hotel memohon tanda halal, hotel tidak mahu memohon kerana dapur mereka bercampur antara makanan halal dan haram, pengusaha hotel terpaksa renovate dapur kalau nak pohon logo halal kerana sekarang banyak yang bercampur antara halal dan haram.

Kalau kita lihat antara menu yang mesti ada dalam makanan saperti kek dan pasta adalah wine untuk menjadikan ia lebih tahan dan kononnya lebih enak. Dan kebanyakan hotel jenis yang tak mahu minta logo halal ini adalah jenis 4 atau 5 bintang yang pak dan mak menteri kita sentiasa menjadi pelanggan mereka.

Oleh itu ana kalau pi KL lebih suka duduk rumah daripada menginap dihotel kerana dalam hadis yang ana baca masa mengganggu jawapan Dr Mashitah hari tu,' setiap daging yang tumbuh dari punca yang haram, maka api neraka lebih aula baginya.'

Apa jawapan Dr Mashitah yang pernah menjawab dalam soalan di Metro pasal ibu yang melacur diri untuk cari rezeki nak bela anak yang dikatakan dharurat oleh Timbalan Menteri ini sebagai dimaafkan. Kalau begini jawapan dia, tak hairanlah maka hari tu riuh rendah dengan wakil YB dari BN pun bangun membantah sampai Yb Datok Bung Mokhtar pun meloncat naik angin pasal jawapan Menteri tu menjadikan kita tambah ragu-ragu nak menginap di Hotel yang berbintang banyak ni, hanya duduk di Hotel Sri Malaysia sajalah kalau macam ni, atau pun dok hotel depa, lepas tu minta duit untuk makan direstoren diluar.

Bercakap pasal makanan halal ni, memang kita dapati umat Islam sekarang ni tak berapa hirau lagi dah dengan halal atau haram ni, sebab tu jiwa mereka dengan Islam sudah agak jauh, apabila sesuatu berlaku kepada umat Islam, mereka tidak anggap ianya menimpa mereka , padahal nabi pernah berpesan, sesiapa yang tidak mengambil hirau tentang perkara yag melibatkan umat ku, mereka bukan daripada ku.

Oleh kerana penuh benda yang haram dan bersubahat masuk dalam badan kita, maka nak mempelajari kuliah ugama dan ceramah ugama pun kita jadi malas, nak buka baca alquran pun kita malas, sebab makanan kita semua dibuat oleh bukan Islam, macam baru-baru ni kalau biskut yang lebih melamin, sibuk kita tak makan, tetapi biskut yang ada berbagai lagi bahan tak halal, saperti coklet dan ais krim yang ada gelatin kita bedal tak cukup tangan lagi.

Pada ketika ni ana sokong sahabat ana PPIM yang bela producer makanan halal daripada umat Islam, tapi pasal sokong ISA tu ana tak setuju lah ya Dato' Dr Makmur, bekas Timbalan Presiden Jaksa masa ana jadi Presiden di UKM dulu.(tahun 1982) kerana jiran dekat rumah ana di Pendang dua orang kena ISA tetapi sampai la ni tak tahu apa kesalahan mereka, bila dah bebas sekarang tak ada apa-apa tuduhan pula yang dikenakan kepada dia, tetap yang sorang lagi masih dalam ISA, kesian anak isteri dia, kesian jiwa anak dan isteri dia, kerja beliau hanya mengajar disurau dan masjid dan mengajar disekolah, sampai bila nak kena tahan dalam Kemunting, hanya menteri dalam negeri dan Allah saw yang tahu. Bayangkan jiwa anak-anak dan naluri isteri kalau keadaan begini berlaku dalam keluarga kita, kalau tak kena kita, memang kita kata tak zalim, tapi kalau dah batang hidung kena, baru tahu.

AL-FATIHAH UTK YG PERGI, TAKZIAH UTK SEMUA MANGSA DAN SEMOGA MASIH ADA ESOK UTK YG BELUM DITEMUI


[DIKEMAS KINI, 7.45 petang] KUALA LUMPUR Mayat mangsa keempat tragedi tanah runtuh Bukit Antarabangsa ditemui pukul 7.45 petang tadi.

Dengan itu jumlah mangsa terbunuh setakat ini telah meningkat kepada empat.

Difahamkan dia merupakan seorang wanita Indonesia.

Dalam pada itu, operasi untuk mengesan seorang lagi mangsa masih diteruskan.

Terdahulu polis berkata, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dijalankan 24 jam bagi mengesan dua yang masih dipercayai tertimbus.

Ketika menemui wartawan pukul 7 petang tadi, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, hanya dua disahkan hilang oleh saudara-maran dalam kejadian itu - yang ketiga dalam tempoh seminggu ini di negara ini.

Ia merupakan tragedi ketiga paling buruk di Hulu Klang sejak Disember 1993, yang melibatkan satu blok Highland Tower runtuh.

Mengenai enam yang dikatakan hilang sebelum ini, beliau berkata, ia dikesan ketika menggunakan alat pengesan.

"Mungkin masa kita sedang kesan ada haiwan atau kenderaan yang lalu," katanya.

Terdahulu, polis berkata, setakat pukul 5.30 petang tadi, nasib mereka tidak dapat diketahui kerana kedudukan rumah yang dihuni itu telah bergerak dari tempat asal berikutan kejadian tanah runtuh 4 pagi tadi.

Pasukan mencari dan menyelamat telah mula menggunakan jengkaut untuk mengesan mangsa yang tertimbus itu memandangkan kejadian telah berlaku lebih 12 jam.

Khalid berkata, pasukan mencari dan menyelamat akan menggunakan kepakaran untuk memastikan mangsa tertimbus tidak tercedera apabila jengkaut digunakan.

"Ada enam orang yang masih hilang. Pasukan menyelamat menggunakan anjing pengesan dan peralatan elektronik.

"Pada pukul 12 tengah hari tadi kita dapat mengesan dua mangsa di rumah hujung yang masih tertimbus.

"Kita sedang berusaha mendekati, harap-harap mereka boleh bertahan sampai kita datang," kata Ketua Polis Selangor kepada media di tempat kejadian.

Setakat pukul 7 pagi tadi, tiga mangsa yang terbunuh sudah dikenal pasti.

Mereka ialah Shaiful Khas, 20, anak kepada Datuk Shaharuddin Adnan, ahli perniagaan yang telah bersara.

Dua yang lain ialah isteri jurutera K. Thanarajah, Dr. N. Yogeswari, 40, dan akauntan Eng Yee Peng, 30.

Ketiga-tiga mayat mangsa dituntut oleh keluarga masing-masing hari ini.

Jenazah Shaiful Khas dituntut oleh keluarganya kira-kira pukul 4 petang ini untuk dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Al-Ridzuan, Hulu Klang selepas Asar.

Shaiful Khas, anak bongsu daripada dua beradik, tertimbus di tingkat bawah rumah banglo dua tingkat milik keluarganya. Sementara itu, mayat mendiang Yogeswari, 40, seorang doktor haiwan, dituntut oleh keluarganya pada pukul 3.30 petang ini untuk dibawa ke rumah adik suaminya di Kelab Ukay.

Yogeswari maut apabila cuba menyelamatkan anaknya, Tidesh, 10, dalam keadaan gelap di rumah mereka akibat terputus bekalan elektrik.

Menurut keluarganya yang tidak mahu dinamakan, mayat mendiang akan dibakar esok di Pusat Pembakaran Mayat Cheras.

Mayat Eng yang baru melahirkan anak dua bulan lepas, dituntut oleh keluarganya untuk dibakar pada Isnin ini.

Dalam pada itu, Khalid berkata, kawasan kejadian melibatkan keluasan kira-kira empat hektar (10 ekar) manakala penduduk di kawasan satu kilometer membabitkan kawasan sekitar lokasi kejadian sedang dipindahkan.

Selain itu, kata beliau, empat lagi mangsa sudah dikesan iaitu di rumah bernombor 15 dan tiga lagi di rumah bernombor 16 Taman Bukit Mewah tetapi kedudukan mereka belum dikenal pasti.

"Berhubung usaha pemindahan bagi mereka yang tinggal di kawasan perumahan belakang dan di atas kawasan kejadian, kita telah sediakan Sekolah Kebangsaan Ulu Klang sehingga Ikram dan Jabatan Kerja Raya mengesahkan kediaman mereka selamat," katanya lagi.

Malah kata beliau, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa laluan yang akan dibuka untuk penduduk yang tidak dapat keluar dari kawasan tempat tinggal di belakang tempat kejadian kerana terdapat halangan tanah runtuh.

"Kita telah buka laluan menghala ke Taman Milenium untuk membolehkan penduduk keluar.

"Sekarang (sehingga 5 petang tadi) sudah ada dua jalan alternatif bagi membolehkan mereka keluar berjalan kaki," katanya.

Malah, jelas beliau, tindakan membuka jalan alternatif perlu diambil kerana usaha memindah akan mengambil masa dua hingga tiga hari jika hanya menggunakan satu jalan utama.

(Sumber : mStar)

Friday, December 5, 2008

PONDOK BAS DI PERLIS TU DIBINA UNTUK MANUSIA KA KAMBING?

Kerap juga dari Alor Star saya ke Perlis kerana urusan tertentu. Setiap kali melalui jalan dari pekan Air Hitam, Kedah, kemudian memasuki Sanglang, Simpang Empat, Kangar hingga Padang Besar di Perlis, pandangan yang paling menarik hati saya ialah pondok-pondok bas di negeri Perlis yang dibuat dari konkrit dan kelihatan begitu begitu cantik. Ada rakan berkata kos setiap pondok bas ini ialah kira-kira RM15,000 (Jika tidak tepat, harap buat pembetulan). Saya pernah menghitungnya dari Sanglang ke Padang Besar ada lebih dari 30 pondok bas dengan reka bentuk yang sama. Selain dari itu ada juga pondok bas yang dibuat dari kayu yang tidak termasuk dalam perkiraan saya.

Selain dari reka bentuknya yang menarik ada sesuatu lagi yang lebih mempesona hati saya mengenai pondok-pondok bas ini - tiada manusia di dalamnya! Pernah juga saya ternampak ada seperti ada kelibat makhluk di dalamnya, bila diteropong dengan kacamata tua saya, aduuuh...rupanya beberapa ekor kambing sedang berehat penuh bahagia di atas bangkunya! Mungkin ia berlaku secara kebetulan kepada saya, tetapi apabila 4-5 kali melalui jalan yang sama dan masih tidak nampak manusia di dalam pondok-pondok bas itu, saya yakin apa yang saya lihat bukan lagi kebetulan.

Saya ada bertanya orang Perlis, mengapa pondok bas di Perlis tiada manusia di dalamnya? Kata mereka orang Perlis ni indipendence, kebanyakan mereka ada kenderaan sendiri sekurang-kurangnya kapcai, jadi mereka tidak perlukan pengangkutan awam. Lagi pun di Perlis bas berhenti-henti tidak efisen, jika tunggu bas belum tentu satu jam akan ada sebuah bas yang lalu. Malah kata mereka di Perlis ini bas sekolah pun tidak ada kerana ibu bapa menggunakan kenderaan sendiri untuk menghantar anak mereka ke sekolah. Sejauh mana kenyataan mereka itu benar, orang Perlis sendiri sahajalah yang dapat mengesahkannya.

Tetapi mengapa pondok bas dibina jika sudah tahu tiada yang menggunakannya? Ada yang berkata kononnya ia dibina oleh kerajaan negeri yang lalu bukan untuk digunakan oleh rakyat tetapi sekadar untuk memberi kerja kepada kontraktor yang kebanyakannya ialah kroni penguasa politik tertentu (yang kini tiada lagi berkuasa). Dalam hati saya berkata, oh, macam tu pun ada ka di Malaysia ni?